Tuesday, 18 March 2014

Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam ( BM 229 / BM 249) UITM :)

Assalamualaikum. :)

Apa khabar belog? kangen sama gua ya? mari yuk, kita bercerita... *anginIndo da sampai.hehe
Untuk latest update nanti scroll sampai bawah okie!.

     Arini bukan nak bercerita pasal pergi mana- mana tp benda yg sgt org nak tahu sebelum tekan butang submit bila isi UPU. So lupa kan travel sebentar. Hari ni, nak bercerita siket pasal apa itu course Islamic Banking di UITM Shah Alam ( tapi intake september, kami dah berpindah ke Puncak Alam so xde lagi kat Shah Alam) which bagi sy mmg sedeyhh woo. Shah Alam mmg terbaik! semua alhamdulillah lengkap dr segi facilities kolej, nak kemana mana pun senang  tp belajar2 mana2 pun sama cuma diri kita nak atau tak. Environment kalau bagi effect pun dalam 20 % mungkin.:)  . Ada beberapa org bertanya haritu pasal subjek apa, susah ke, senang ke, apa peluang pekerjaan lah dan etc. tp maklumkan org busy mcm perdana menteri. Ate, kome pepeham je la yop. Nk meng'reply' nya.x nyempat lah kiahh oi. But i Make a special entry to answer all your questions :) inshaALLAH.

      Memandang kan korang nak tahu apa itu course islamic banking or we call it as ISBA in UITM shah alam, and  in other campus diorg bagi nama IBSA lah and so on , so let me proceed.

Apa itu Islamic banking?
Islamic Banking semua nya tentang perbankan tp berlandas kan syariah.
Maksudnya disini, menjalankan aktiviti perbankan tanpa ada unsur- unsur riba,(bunga/interest), perjudiaan atau pun ada elemen elemen keraguan (uncertainty).
Cer Refer al QURAN surah Al Baqarah verse 275- 276, 278 -280, surah al imran verse 130, surah ar Rum verse 39.

 * untuk ketahui maklumat lanjut pasal definisi islamic banking atau perbezaan islamic banking dgn konvensional ke, sila lah guna kepakaran pakcik Google sbb kat sini i just want to focus on the subjects yg korg bakal ambil. :)

ASSIGNMENT?
Bak kata Kak Najua, classmate saya, dia dulu ckp dia sendiri x tahu apa terms assignmnet tu. so dia mintak tolong akak engatkan.:). thanks najua.! So Apa itu assignment yang semua bebudak U dok canang tiap hari? pastu bebudak skolah biasa nya berlagak ckp harini ada esaimen padahal term asal "kerja skolah". saje nak bagi gempak. kan? ngaku je lah kalau pernah berlagak guna term esaimen bila kat skolah. kan? kan? :p

 Okey essaignment atau tugasan adalah "kerja skolah" yg diberi oleh pensyarah. Then setiap semester dan setiap subject mesti +ada individual presentation dan group presentation. Ia sangat membantu dalam meningkatkan self confidence and self esteem kita. inshaALLAH. dan  juga bila mana kita berada dia alam realiti maksudnya dia alam pekerjaan nanti. Dan Carry mark! sangt penting. final kita hanya dikira sebagai
50 % sahaja bukan 100% macam skolah dulu. so mana lagi 50 %?? JAWAPAN nya ialah dtag dr assignment, presentation2 yg td tu, ujian2 kecil dan kuiz yg dibuat oleh pensyarah. kalau dapat 40 marakah dan keatas, A dalam tangan. tp jgn pula over confident ya adik2, final ada lagi. :). Tp bagi yg dpt bawah 40 ,kat final lah masa nya anda struggle untuk dpt A. x susah pun kalau kita buat sungguh2. :). trust me adik2.

Part 1
subject yang bakal korang ambil ialah :
1) Financial Accounting
2) Language Enrichment
3) Economics
4) Business Law
5) Information Technology in Business
6) Principles and Practice f Management
7) Third language(arab/mandarin)
8) Kokurikulum( uniform)

JADI, kat sini, i'm going to make a simple conclusion.  Untuk pelajar Matrikulasi (akaun), anda bertuah sebb, subjek account,economy dan management diatas, adalah sebiji mcm apa yg korg belajar dekat matrik. cuma tukar bahasa english dan ada siket perubahan juga. tp x bnyak. so suggestion nya, buku matrik boleh bawak pergi degree. in case bahasa omputih tu terlampau "faham". dan bagi student foundation Law, adalah tidak menjadi masalah untuk korg, score business law sbb tu pun subject yang korg dah amek masa foundation dulu.:) cuma kena struggle siket untuk the other subjects. okey seronok x? hehe. dan untuk third language , Sy nasihatkan anda, untuk ambil BAHASA ARAB sbb senang nak score even x de basic arab dan ia berguna sbb kita akan bnyak guna terms arab masa part 3 keatas.  tp siapa nak belajar bahasa Mandarin, its up to lah. ni mengikut penglaman sy dan kawan2. Dan untuk kokurikulum, bagi sesiapa yg pilih kesatria negara, semester 2 anda boleh pilih kokurikulum yg lain , maksud nya boleh keluar dr Kesatria dan boleh ambil Catur ke, Pemikiran Pemimpin ke dan lain2, ye lah aktiviti yg x ada kawad semua.tp kalau nak stay pun boleh, untuk Brass Band, Kelab Kembara, Bulan sabit, Palapes dan beberapa niform lain, semua tu x silap sy, kena stay sampai semester 3 atau semester 5. depend on korang.



budak Islamic Banking pun Reti masak tau. dpt no. 2 lagi. hehe
Classmate yg Super awesome! :)


PART 2
1) Financial Management (mcm akaun, ni pengiraan)
2) Principle and Practice of Marketing
3) introduction to Human Resource Management
4) introduction to Operation Mnagement
5) Banking Operation
6) Third language
7) islamic and Asian Civilization
8) Kokurikulum (terpulang)

Untuk Smester 2, subjek nya agak tough siket. Mmg diakui, ramai yg x dptkan kekal Dean List diorg bila dpt result semester 2. Tp ada je org dpt kekal kan. bergantung pada usaha dan tawakal. terkadang mereka terleka sbb diorg pk kan senang mcm semester 1 dulu, Tp soalan makin lama makin susah.buat persediaan awal. tp sebenarnya agak payah when it comes to exam. masa final sem 2 tu. mmg menangis sebb soalan dia pelik2. tp Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi.:). jgn berhenti berdoa okey? usahaaaaa! third language pula still sama sampai ke semester 3. Kokurikulum dah boleh tukar kalau x nak Kawad lagi. hehe. yg lain biasa je.
Presentation Banking Operation :)

ISBA Tour di UITM Segamat. 

Majlis Anugerah Dekan untuk smester 1

Isba Family Day di Bagan Lalang 



PART 3
Subject yang bakal korang ambil ialah :
1) Presentation Skills
2) Usul Fiqh (islamic jurisprudence)
3) Introduction to Fiqh Muamalat
4) Philosophy and Principles of Islamic Banking
5) Personal Development and Ethics
6) Quantitative Business Analysis
7) Third language
8) kokurikulum

Untuk semester 3, fasa "islamic" bermula. betulkan mindset. scan pastu delete virus dlm kepala tu. lepas tu set up balik sistem otak dan bersihkan hati juga ya adik2. sbb sem ni kita da nak menghafal. hafal potongan potongan ayat qurn sebagai bukti. tp jgn risau x bnyak pun.:) dan ni sem terakhir kita akan ambil third language dan kokurikulum.so yeayy! koku da hbs. hehe. Buat pengetahuan adik2. sem 3 agak mudah untuk discore sbb agak senang berbanding semester 2. so semester tiga adalah masa terbaik untuk adik2 tebus pointer yg rendah dulu, untuk dpt pointer yg terbaik. Serious X tipu!. inshaALLAH:)

Majlis Anugerah dekan untuk semester 2


ISBA tour  di UITM Merbok

Budak ISBA main laser tag. satu2 satunya group perempuan.haha  power tau.haha



Part 4
Hye bakal senior! :) :
1) Islamic Financial Planning
2) Islamic Banking and Financial Services
3) Advance fiqh Muamalat
4) Monetary Economics
5) Principle of Entrepreneurship
6) Report Writing
7) Ethnic Relation

okey! now kita dah besar siket. pejam celik pejam celik dah sampai semester 4, which semester yg sy tgh hadapi skarang ni. Alhamdulillah. Allah bagi lecturer yg sporting, best dan wow. *gaya seronok kemain. haha. Sem ni, mengikut dr cerita senior, ALhamdulillah agak senang juga nak score.tp jgn nak yakin sagt sbb kita tak tahu mcm mana gaya lecturer kita semester tu. kalau korg prepare mental and fizikal inshaALLAH semua nya dipermudahkan.:). Nota kena buat, esaimen awal2 sem ni kasi settle. inshaALLAh. x de lah sesak mana nanti. Untuk report Writting, report ni adalah benda yg sama dgn apa yg kita buat dulu kat matrik mahupun asasi. seriously sama! kena buat questionaire lah semua tu. teringat dulu time matrik, x fhm langsung kena buat apa. buat kerja caca merba.haha. serabuttt sungguh. naseb baik dpt markah jugak. kalau x, melalak lah kome.. tp ALhamdulillah lecturer English semester ni sangat supportive dan best! so  xde lah rasa lonely, pastu confusing gila bila nak buat topic lah, questionnaire semua tu. :)

**best experiance sem ni kitorg anjurkan Islamic Banking Global tour ke Hong Kong. first time ever dpt melancong under UITM dan kengkawan kelas. yg best nya kita dpt visit Global Financial Hub disana. dengan susah payah buat kertas keje present depan dekan dan kami berjaya ke Hong kong! 9 days berkampung sampai rasa bosan. hahah. tp best experiance yg membuatkan kita senang dapat keje:)** okey boleh buat 1 entry ni. haha. inshaALLah


Ni di Kedutaan Malaysia Di Hong kong 
First Time masuk Disneyland HONG KONG!. Jakunn kau jah masuk sini.
x hengat nak nak balik malaysia. haha



Part 5!
Da senior kau Jah! :)
1) Qawaid Fiqhiyyah(islamic Legal Maxim)
2) Principles and Practice of Takaful
3) Islamic Financial Framework
4) Islamic Capital Market
5) Strategic Management
6) Research method

so for Semester 5, *setahun lebih selepas meninggalkn UITM bru nak update* hehe.
sem ni kitorg dah kene pindah kat UITM puncak Alam sebb Fakulti Business semua nya berpindah dr Shah Alam ke Puncak Alam. Sem ni jugak lah first time duduk rumah sewa. kalau x silap duduk kat Fasa 2 apartment x brapa engat.haha. lamaaa dahh tinggalkan Uitm. hehe. okey Sem ni belajar okeyyy je. x susah mana. sem ni dah jadi supersenior! syok gila. Time ni nak buat apa saje yg engko suka. Time ni seronk, sebb junior yg masuk semua best2 dan bagus. so kalau buat program, diorg sgt berkerjasa. well Isba United katakan. so Penting nya disini korang kene build up Relationship dan good communication between senior and junior. so part 5 mostly  kene iolss belajar je. tp study smart lah ye. mcm biasa. so Alhamdulillah kita dpt Dean lagi! setelah Semester 4 x dpt . sedih sebb dpt sipi2 3.47 cgpa. time tu sebb busy sgt and memain. huhu *ketuk kepala sendiri*.

Part 6!
Kita practical.

Okey tang ni, nak cerita. tp sila refer next entry sbb entry ni berjela jela. hehe.


 PELUANG PEKERJAAN 

Dan untuk peluang pekerjaan. Jgn khuatir ya anak2. Sekarang ni Malaysia dah jadi Hub Perbankan islam. Bnyak bank Konvensional dah ada bank subsidiaries diorg contoh nya maybank islamic, Ocbc Al amin and so on. Mengikut analisis BNM( BanK Negara Malaysia) ada 16 Islamic Bank dan 12 Takaful Operators yg boleh kita explore dan cr pengalaman. Besides that Bursa Malaysia dan PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun offer pada student Islamic banking normally dekat bahagian Islamic capital Market. Tp qualification dia agak mencabar. tp jgn risau Korang boleh punya.:).Jabatan kewangan Negara pun offer kerja kat kita.  Jadi Shariah committee atau shariah advisory or maybe consultant dekat company2 besar mahupun ISRA pun boleh. cuma normally diorg akan hire org2 yg ada master or phd. TP if korg punya qualification kat degree cukup bagus, kenapa mesti diorg Tolak permohonan kerja korang kan? :) so jgn Takut . x de kerja ke. sbb rezeki ALLAH bagi kat mana2. think positive. be positive alright?Pensyarah Juga adalah profession yg boleh juga anda ceburi. Kita nak menuntut ilmu dan pengalaman dengan niat LILLAHI TAALA. x kan ALLAH x nak tolong kan? :)



Lepas Membebel panjang lebar. so sekrang ni dah tahu kan apa yg kena ambil apa yg tidak. Depends jugak, tetiba faculty tukar subject, kena lah ikut subject apa kena ambil pula. anything can happen. :)

Semoga Berjaya.

Nasihat siket untuk tetapkan matlamat belajar adik2:)
Dear adik2,
   Belajar x susah, tp Mindset kita je ckp susah. why don't kita ubah pemikiran kita sikit ?
Buang semua tanggapan negetif pasal belajr susah, tp sematkan dlm Diri Belajar senang dan aku belajar demi masa depan aku, family,negara dan Agama demi Allah. Siapa lagi nak ubah nasib kita dan keluarga? siapa lagi nak ubah nasib Negara? dan Siap lagi kalau bukan kita nak memartabatkan AJaran islam dan sebarkan apa yg betul dan apa yg salah? semua persoalan tu berbalik pada diri kita sendiri. Muhasabah diri balik.kenapa kita nak tuntut ilmu. Bukan ilmu Islamic banking saja. tp Ilmu lain juga. don't narrow  you mind.

     Dan cuba adik2 berfikir sejenak, kita belajar selama ni untuk apa,kenapa. Adalah 'LOSER' jika seseorg tu belajar sebab nak dpt skrol degree, pastu kerja bagus, then kawen dan "settle down" mcm tu je. tp x memberi sumbangan dalam masyarakat mahupun negara malah Islam juga. buat penat otak je kan? x tidur siang malam study. tp x nampak hasil pape. ekonomi, kewangan, perbankan semua nya nmpak sama dan makin Corrupt serta makin lemah .Kalau semuanya demi kepentingan diri semata, nak kaya tp ada org still hidup susah. nmpak sangt kita selfish..kan? :)

     Allah pilih kamu untuk menjadi Khalifah di Bumi ni supaya kita semua dapat menyebarkan apa yg baik. Dan mengambil pengajaran dr apa yg buruk. Kita sebagai pelajar Islamic Banking sedang memegang amanah berat dr Allah. dan bila kita semua berjaya membentuk Sebuah sistem perbankan islam yg kukuh di negara kita, nescaya pahala kita pun berlipat kali ganda where by, kita dpt menarik org ramai dr melakukan Riba, Judi atau pun unsur2 keraguan seperti Alquran dah stated. Besar kan peranan kita?:) dan tentulah nanti, hikmahnya amat besar juga untuk kita.

         So adik2 fikir lah apa yg terbaik. adik2 semua bakal merubah keadaan Kewangan, Ekonomi, Perbankan dalam negara malah Dunia Yg semakin 'rosak' ini . Siapa tahu kan? :). Jgan berhenti Berharap pada ALLAH. Allah adalah sebaik baik perancang. Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Terakhir skali, Mari ukur Syahadatul Haq kita :). kalau x tahu apa tu syahadatul haq, panggil pakcik google ya.:)

SKrang ni pasang niat belajar sebab apa. tetapkan matlamat adik2, contohnya, sy nak mewujudkan NEgara islam mcm zaman Rasulluah S.A.W bila semua org hidup dgn aman dan bertoleransi  dan zaman Khalifah Umar Bin abdul Aziz bila mana tiada org miskin pun dan semua org kaya pada zaman tu. :). so dengan cara ni akan dpt memmotivasikan diri kita sendiri.:)  so kalau nak jadi mcm ni, apa lagi. jOm kta ubah. bukan dgn cara memberontak. tp dgn cara Berilmu dan Al quran dan sunnah sebagai Panduan. dan ALLAH sebagai tempat kita mengadu, memohon dan meminta perlindungan.

DAH. Habis. sy DOAKAN anda berjaya dunia dan akhirat!  inshaALLAH. :) amin

45 comments:

  1. you've done a good job sis... very2 informative article... i loike... !! ^_^

    *just wanna you to update about the new syllabus and new course outline of the program especially for code BM249. because they've different subjects than yours... if you don't mind ler... just wanna share the new info for you... hehehe... ^_^ ... gud luck...!!! ^_^

    ReplyDelete
  2. Haha. Thanks senior!:-) okey i'll try to get the new syllabus and update it later. But once again, thanks for the compliment and opinion. :-)

    ReplyDelete
  3. Menarik.. never know before sedetail ini pasal ISBA.. great article Fatin Nurliyana.. u should teach me one day about islamic banking :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Thanks asif.:-) and you should tell me more about physics in one fine day.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam kak , saya dah ambil Dip. Islamic Banking n finance . So banyak subject diatas saya dah ambil semasa Dip. . Boleh tak saya transfer credit?

    ReplyDelete
  6. assalam akak.kalau lepasan asasi sain tulen sesuai x amik kos ni ?ke mmg wjib ad basic account?

    ReplyDelete
  7. pointer atas 2.50 mcm mana? Boleh ke?

    ReplyDelete
  8. fatin ni aku thirah.yg cousin syafiq dlu jiran kau tu haha nak number kau boleh tak

    ReplyDelete
  9. perghhhh ada blog upenye hahahaha -amboi panda-

    ReplyDelete
  10. saya sekrang tgh ambik bidang diploma islamic banking. banyak subjek yang saya telah ambil

    ReplyDelete
  11. saya sekrang tgh ambik bidang diploma islamic banking. banyak subjek yang saya telah ambil

    ReplyDelete
  12. salam,sis..i just got my result in continuing my degree in this course..i m from diploma perakaunan..i wish to get degree in accounting..it's a good decision?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for the late reply. anyway how was islamic banking? so far boleh adapt?

      Delete
  13. I wanna ask you sis , I want to take mandarin , so how's the subject ?

    ReplyDelete
  14. yang potong jam kredit tu macam mana ye :)

    ReplyDelete
  15. Assalam. kalau takde basic acc boleh ambil x kos ni?

    ReplyDelete
  16. Assalam. kalau takde basic acc boleh ambil x kos ni?

    ReplyDelete
  17. Assalam. kalau takde basic acc boleh ambil x kos ni?

    ReplyDelete
  18. Salam. Kalau mcm saya dip kos hotel nak sambung ni kan berapa tahun ek? Ada org cakap 3 ada org cakap 4. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. course ni max 3 Tahun je. kalau awak ada DIP hotel still 3 Tahun jugak :)

      Delete
    2. Ouhh okay terima kasih 😄👍🏻

      Delete
  19. Salam..akak klu sy dulu asasi kejuruteraan agak2 boleh catch up x dgn kos ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dapat Islamic banking ye? ep. boleh je. cuma awak kene struggle sikit utk backup basic account. tp no worries. ramai je kawan akk dr asasi sains and also law masuk isba ni. :)

      Delete
  20. Salam..akak klu sy dulu asasi kejuruteraan agak2 boleh catch up x dgn kos ni?

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak, sya nak tnye sikit, kampus dip banking kat mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. course islamic banking ni main campus dah pindah ke UITM Puncak Alam, branch dia ada kat UITM segamat and UITM Merbuk. tp x sre klau kampus Kota bharu ada lagi atau tak.hee

      Delete
  22. pensyarah ckp bahasa ape? yuran biase nye bape

    ReplyDelete
  23. Kalau CGP ngam-ii three pointer lepas tak nak amik course ni even dari fakulti business management ?

    ReplyDelete
  24. bachelor muamalat dn islamic banking and finance ad beza tk? boleh ke bachelor muamalat bekerja sektor sama ngn islamic finance and banking? plis reply, sy sgt2 prlukan jawapan dr yg brpngalaman

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum akak , kelayakan untuk msuk uitm n ambik course islamic banking ap ye ? .. n klau subjek islamic banking degree mmg total in english or dy ikut lect? .. bpe tahun ye degree islamic banking ni ? .. temekasih :D

    ReplyDelete
  26. As salam kak..kalau saya lepasan dip sains math..agak2 sesuai ke nak ambk kos nie?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Bnyk ke kene hafal ayat AlQuran kalau amek degree islamic banking ni?

    ReplyDelete
  28. Wahh...lepas baca cerita sis ni terus saya inspired..saya memang minat course islamic banking ni..jadi doakan la saya dapat bidang ni..sekarang tengah tunggu result stam..harap memuaskan la..aminn..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum, saya nak tanya kalau saya ambil islamic finance degree ni boleh ke saya sambung finance masa master degree/phd or saya kena ambil islamic finance jugak

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum..nk tnye tntg islamic banking global tour.ape aktiviti yg dijlnkn kat sana..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum kak, sy afiqah.. boleh sy dapatkan no contact akak untuk pertanyaan lebih lanjut? sy harap kak boleh respond sy punye chat ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi afiqah. 0172393991. boleh je whatsapp akk kat sini. 😊

      Delete
  32. Assalamualaikum kak, kalau dari ipts nak ke uitm untuk kos ni mudah tak nak masuk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dik. depends on permohonan UPU. boleh je. kawan akk ada yg dari diploma culinary tapi dia masuk degree islamic banking.

      Delete
  33. Salam kak, nk tnye kos ni kena ada basic Bahasa arab ke

    ReplyDelete
  34. Salam kak, brpa pointer stpm perlu utk ambil course ni

    ReplyDelete
  35. Baccarat 101: How to Play the Variants of Baccarat
    The Baccarat hands 제왕 카지노 are extremely simple. The aim of the game is worrione to bet the exact combination of numbers in two-player games. As you can see, the bettor can งานออนไลน์

    ReplyDelete