Skang ni org dok heboh habaq yg Vietnam murah, Vietnam murah. Meh sini cek habaq. memang murahhh oii. murah sgt. elok lah pada siapa yg betul2 nak meniaga, Hang p sana, p borong sakan. Jangan tak balik sudah lah. org sana pun lawa lawa, handsome2 baq hangg. *zai baca aku tulis loghat utagha lagu ni, habis lah cek kena bantai esok. haha.
Masa bulan 10 tahun lepas, lepas raya. Ayah dgn berbesar hati nya bawa aku dgn mama p sana. Sbb tiket agak murah time tu. Actually ayah bawak group jugak under NGO ni. dan total org yg ikut ayah time tu dalam 30 org. kami bertolak dr melaka dgn menaiki bas. ayah mmg dah sediakan bas dr melaka. ada jugak yg dr KL terus dtg ke KLIA. Tp yg penting sampai KLIA kami semua berkumpul lah kat situ.
Kami naik flight pukul 4 lebih kurang mcm tu lah. Naik MAS. perjalanan mengambil masa dlam 1 Jam 45 minit. Muka pakcik dgn makcik semua mmg terpancar sinar 'KEHAPPY-AN' melampau. yelah nak borong sakan katakan. Yang bawak suami tu, muka suami dia bila sampai Airport HO Chi Minh mmg pasrah, redha tawakal je lahh. haha. yelah duit ready nak meluncur keluaq.haha.
Sampai je sana bas dgn tour guide mmg da siap ditempah untuk kami. Tour Guide tu namanya Mr Tan. Friendly, talkative and nice. kat HO Chi minh mmg bandar yg sibuk. ada 5juta motosikal kat dalam bandar tu.Dan org kat sana mmg x guna kereta mcm kat malaysia ni. kenderaan utama ada moto. semua nya disebbakan taraf hidup yg rendah. lagipula kat situ kalau nk beli kenderaan mmg cash. mana ada loan2 macam kita. haa, sampai sana, korg dapat la tgk moto yg bermacam bentuk, helmet yg WOW!.mmg terkezutt i. dan isu keselamatan mmg perlu sgt dititik berat kan. kadang handfon yg kita tgh pegang ni pun sekelip mata dia boleh rampas. #tips 1- Shopping x payah bawak beg Tangan besau GEdabak. naya jaa. bawak 'sling bag' atau yg ikat kat perut macam org meniaga kat pasar malam tu.
![]() |
NI Bas yang kitorg naik. tp time ni dah nak balik dah. tu brang sebeban. hehe |
Kami dibawa ke satu kedai, dpat minum teh cina free yg bagi free pun x nak aku minum. pahit baq hangg.kat situ ada jual souvenir plus makanan mcm kacang tumbuk yg quite sedap. JGN Risau. TRIP kami adalah trip HALAL ye tuan tuan dan puan puan. Lepas tu, kami dibawa makan kat kedai org Malaysia Halal Saigon, boleh pulak Makcik trip kami ni ada berjiran dgn owner restoran halal Saigon kat Kedah. haih. semua pun bolehh.haha.
Lepas makan kami dibawa ke hotel, hotel Hoang Hai Long 2. Mmg betul2 dekat dgn pasar Ben Thanh.tempat yg org pompan kalau masuk susah nak keluaq.. Facilities and accommodation hotel tu pun baguihh. wifi temapat tidur semua TIP top . Alhamdulillah. Dan depan, bawah,tepi kanan kiri hotel tu, mmg semua kedai pakaian, beg, telekung yang murah Gilaaa dan juga kedai mkan Hajah Basiroh dan western food yg Halal. Kedai 1malaysia pun ada, cuma agak mahalll jugak lah.so kalau penuh barang kat tagn, p naik letak brg kat bilik pastu turun balik, hang p lah borong lagi. nak ulang 'exercise" ni brapa kali pun bulih. bergantung pada duit kat poket hang pa. hee~
Esok nya, kami Bergerak ke Sungai Mekong yang terletak jauh jugak dr bandar Ho Chi Minh ni. it takes 4 hours kot. x brapa engat. Tujuan kitorg pergi situ, sbb nak melawat tempat2 menarik kat Vietnam selain menghabiskan duit. tp kat situ ada jugak benda yg boleh dibeli dan harga nya lebih mrahhh berbanding dekat bandar dr segi sourviner , beg2 yg lawa, baju kekanak. dan kat situ dr Jeti kami dibawa ke sebuah pulau dgn menaiki Tongkang. Best! menenangkan. Sampai je pulau, MR.Tan bawak kami ke kilang Coconut candy yg dibuat sendiri boleh pengusaha kedai tu. Dan dr segi packaging dia buat secara manual dan lajuuu! peh tabik kat situu. Next kami dibawa berjalan kat situ dgn mata yg agak melilau. sbb barang2 yg murah ditambah lagi dgn Godaan peniaga kat situ. pehh. sapa x kuat iman , habis lah hang p borong semua benda. Beg telekung yg besar tu boleh dpt rm 10 ringgit dan kalau beli bnyak boleh jatuh harga rm 8. Tgk peniaga tu jugak. #tips 2- mulut kenalah manis ye cik kak, cik abg.hee. Lepas tu, kami dibawa menaiki perahu yg sgt x selamat kalau tgk je. tp bila dah naik, mmg selamat pun. bnyak perahu yg bersedia kat situ.ada yg sarat mengandung pun still mendayung sampan tu. kesian. tepi2 sungai tu, ada org meniaga, buat alas kaki ,alas meja dr kain perca yg hanya dibuat melalui tgn dengan harga rm 3 .dah la lawa, manual. tp murah. ni semua semua disebbkan keinginan meneruskan hidup. kesian. mmg kesian. Anak2 diorg pun reti meniaga. :') respect!
![]() |
Ni lah Tongkang |
![]() |
Ini pulak sampan. :) |

sampai je kat tongkang, kami ddiberi air kelapa free of sugar. ori dr pokok!. nyummehh.bestt.dan dibawa makan kat situ juga. alhamdulillah sedap pun sedap lah. asas pun minyak bijan, korg pepaham je lahh. kat situ pun ada surau, kitorg solat jama kat situ je. lepas tu kami balik ke bandar balik dan dibawa ke satu jalan yg penuh kedai jual kain dan baju. dan ada jugak satu kedai ni yg boleh tempah harini, esok ambil. fuhh. power x? tp quite expensive lah kan.
![]() |
Logo tokak den..pheww |
Pada malam nya pulak, kami pergi tgk puppet water show! walaupun x pahamm satu haram pun dia ckp. tp tetap amazing dia control puppet tu dlm air. bila org gelak aku, pun gelak. sampai tertido tido. kahkahkah. lepas balik dr situ, kami pun balik ke hotel dan meneruskan misi shopping kat pasar malam hujung bangunan tu. Subhanallah , bila malam lagi bnyak kedai buka pluss lagii murahhh.. kat pasar malm tu boleh beli baju, beg dan memcam lain. kain ela pun bnyak dan jgn terkejut harga dia. Boleh Menangiss sbb murah ya ampun. mmg patut pun org meniaga ambil barang kat situ. telekung lycra, telekung bersulam, x de sulam, semua nya boleh dpt dgn harga 4/3 kali ganda murah dr jual kat Malaysia. yelah jual kat Malaysia mmg mahal, cost semua kena ambil kira, kalau x, rugi lah kan?:) dpt lah pau ayah satu, Back Pack KIpling yg super cantik. hehe. pakai pergi class, kak shidah panggil aku Dora the explorer.
Esok nya pulak, adalah hari bebas, whereby semua di benarkan bebas nak pergi asar ben thanh ke, nak duduk bilik ke, atau pun bas disediakan untuk pergi China Town yg jual kain ela berkodi kodi dan murah lagi berbanding Ben Thanh. Cuma bila pergi China Town kenalah bear dgn keramaian org yg mcm semut. Ada makcik tu beli sampai 3 beg guni tu. Ya Allah, tu baru kat situ je, Ben Thanh x pergi lagi. peh peh. #Tips 3- tawar menawar kena khatam dulu. jgn membeli membaby buta u know..
![]() |
Gambar ni dr depan Hotel kami. haa . kan da ckp, semua lengkap kat situ. senang sgt!:) |
![]() |
Ben Thanh market. Jangan sesat dah la. sbb besar nak kedai diorg hampir sama je |
![]() |
Telekung yang murah sangat! |
![]() |
telekung Sulam dan lycra! |
Mama dgn ayah dah jadi tour guide x rasmi makcik2 ni disbbkan mama dgn ayah dah pergi aritu. dan trip kali ni mmg ramai ibu tunggal yg da berumur pergi.Tp jgn memain, duit berkepukk.haha/ haa. apa lagi aku da jd mcm cucu angkat diorg. mengiringi diorg pergi shopping. tp aku x lah kejam, nak ambil kesempatan okeyyy. hehe.
![]() |
kakak, dan makcik2 yang kelakor plus sporting! |
Pernah terfikir nak naik cruise yg lawaaa tu? aku pk kan sampai bebila x dpt naik. Yelah org kaya je boleh naik. tp tu lah persepsi kekanak dulu. dan malm tu kami dibawa makan malam di Cruise tu! pehh bestt~ mmg ramai. tp kami da ditempahkan Meja betul2 depan stage untuk show. Show dia, bukan main AUWWW lagi. Peringatan kepada para isteri, jaga mata suami anda ketika itu, nescaya ,mata mereka tidak akan berkelip. hahaha. nak tahu show apa? pergi rasa pengalaman tu dulu!haha. bila cruise tu da start bergerak, apa lagi makn pun dah. sesi fotography lah pulak. mmg best. walaupun sekejap. tp at least Allah tu bagi kesempatan nak rasa naik kapal yg biasa nya aku tgk dr jauh. :)
![]() |
The Cruise |
![]() |
Peyambut tetamu dia. Omey kan?hehe |
![]() |
tu Dia, Fatin LIyana bergambaq. ala2 titanic uollss.hehe |
![]() |
here you go! my beloved MOM and DAD :) |






Keesokan harinya, kami bertolak balik dlm pukul 5 ptg. tp pagi tu sempat lagii kami shoppingggg. Last chances nk borong katakan. ramai yg beli beg roda baru. Dtg dgn 1 beg, balik dgn 3 beg. percaya? ni pun org yg x de niat meniaga. awal2 kata, x nk shopping, nak berjalan je. mmg x lah jawab nya. siapa berjaya tu dia mmg Powerr teramat sgt! #tips 4- kalau boleh bawak bag lebih(beg guni) tu yg boleh dilipat,sbb x de lah nanti duit keluar beli beg kat sana. Kat tepi2 tu mmg bnyak org jual cenderatamata secara x rasmi, so pepandai lah korg mengelak, kalau nak beli boleh tp, please la pandai tawar harga tu sampai murah. sampai dia setuju dgn harga kita. kalau x, naya je, dia jual mahal padahal benda tu murah sgt.
![]() |
haha. kan da ckp. ni sebahagian beg je |
![]() |
Ada replika Kapal yg korang x percaya harga nya murah teramat sgt! |
Sampai je Malaysia, dlm pukul 8, lepas solat semua, kami bertolak balik naik bas ke Melaka, dan aku pula kena lah balik Shah Alam. esok tu ada kelas. da lah ponteng kelas. kahkah. tp x pe. tu baru lejen. x de lah nerd sgt ye dok? hehe.Bagi bebudk x biasa, jgn ikut jejak langkah cek. :)
And the last #tips 5- BAWAK DUIT SECUKUNYA. kalau x, kempunan lah korang. haha. okey lah. happy bershopping!
OPPS, lupa nak ckp cost flight, tempat tggl, makanan, transport, pergi tgk puppet show, naik tongkang, cruise tu semua termasuk dlm package RM 1550. mmg puas hati.:). alhamdulillah. cuma duit belanja je, sukati lah nak bawak brap yg mampu. Jgn membazir sudah.
SELAMAT MEMBELI BELAH UOLLS. :)
Ps: btw, jgn lupa berdoa diatas kehilangan pesawat MAS MH370. Macam mana lah perasaan penumpang tu skarang?sedangkan bila, flight terlanggar awan, bergegar sikit pun aku dah cuak sgt, ni lagi kan mereka yg x tahu apa yg terjadi skrg. hopefully sgt diorg masih hidup. dan kepada keluarga2 penumpang, harap bersabar, mungkin ada hikmahnya. amin.:')
No comments:
Post a Comment