Friday, 7 March 2014

I'm back! :)

Assalamualaikum belog.

           Hang pa cita? berhabuk, berdebu dah blog ni. Last menulis pun dalam semester dua tahun lepas.. haa? semester 2? setahun yang lepas kot. haha.  lama tu.
semua nya disebbkan kebusy-an yang melampau. *eleh melampau lah sangt. kau malas sebenarnya kan?*

           Dari setahun  yang lepas banyk benda dah jadi dalam hidup aku,banyak benda baru yang aku belajar. BANYAK. Semua nya atas aturan Allah dan ia benar2 mematang kan aku. engat x, entry yang lepas pasal Indonesia tu. last skali aku tulis nanti aku nk pergi Sabah kan? dan ya aku hampir pergi. tp Atas perancangan ALLAH.kami semua x diberi keizinan pergi. walau esok pagi tu dah nak naik flight. Mmg terkilan tp terkilan lagi bila dapat tahu nenek meninggal. baru je aku jumpa dia lima minit yang lepas. ya, nenek sakit. tp aku x sangka, aku lah orang terakhir yang nenek jumpa sebelum nenek menghembuskan nafas terakhir.

            Sampai je Melaka Sentral hari jumaat tu, mama ambil aku dan terus ckp nak kerumah nenek. mama ckp jom lah melawat nenek kejap.esok nak pergi Sabah. aku x sangka nenek dah pakai gas oksigen semua kat rumah makyu. tp nenek still x rely on it.pakai pun kejap2. masa tu nenek tidur. tp Makyu(makcik sedara) ckp, kejut je. nenek dah tidur dr lps zohor td. aku kejut perlahan lahan . nenek bukak mata! tp kejap je.lepas tu nenek tidur. time tu rasa nak menangis sbb sebelum ni, nenek sihat je.. sekelip mata nenek jadi mcm tu. aku salam nenek. tgn nenek sejuk. time terfikir jugak, mcm mana kalau nenek dah x de? family kitorg akan slalu gathering mcm dulu ke? ya Allah mmg sedih. tp lepas tu cuba positifkan diri balik. pergi borak dgn makyu pasal resepi kek2 ni. lepas tu kitorg balik ke kedai mama.masa tu tgh borak dgn pekerja kedai makan sebelah tu, MEK aku panggil dia. dan after that mama dtg, mama menangis. aku da cuak, "kenapa ma?" "nenek dah x de" kitorg pergi balik rumah makyu. masa tu x menangis lagi sbb xpercaya semua ni berlaku sekelip mata.  sampai umah makyu,dia terus peluk aku. apa lagi. merembes lah air mata aku keluar. time tu ayah dah sampai. first time aku tgk ayah menangis. time tu Allah je lah tahu bila tgk ayah menangis, hati aku sebak terbayang mcm mana kalau ayah dgn mama suatu hari nanti pergi?? ya semua org akan pergi tp YAallah aku mohon jgn lah engkau ambil nya IBu dan Bapa ku dalam masa terdekat. aku x bersedia. :(


TIME RAYA.. rindunyaa nenek.:)
Mcam tu la kitorg. kat mana mana. kalau da gaya nya keluarga hajah Melah
kat sepital pun boleh jadi Havoc.kahkahkah.


Banyak hikmah yang ALLAH beri lepas kejadian tu. Subhanallah indah berlaka. :) dan teringat pulak vers alquran ni. Ayat 5 dan 6 surah al Insyirah

 "DI setiap kesulitan itu ada kemudahan"

Al- fatihah buat nenek Ramlah 

Klah its almost Maghrib. Actually there are several stories i want to story but then, i'll continue later.:) inshaLLAH. more stories are waiting! 




No comments:

Post a Comment