Wednesday, 31 July 2024

Ambil Islamic banking boleh jadi apa?

Assalamualaikum hye adik2 and readers semua! ❤️

Macam biasa Atenyana ni suka biarkan blog dia bersawang๐Ÿ˜‚. Bukan apa terlampau busy dengan kerja, anak2 dan business part time.  Bila dah banyak sangat persoalan dan message daripada adik2 mengenai Islamic banking dan peluang pekerjaan ni, terpanggil lah saya nak share apa yang saya dah experience selama 5 tahun dalam dunia perbankan.

Soalan yang biasa dapat

1)Kalau ambil Islamic Banking boleh jadi apa kak? 
๐Ÿ’“Boleh jadi banker kat bank as backoffice or front office, boleh jadi treasury kat Big Corporate sector. Boleh juga jadi Academician mcm lecturer. 

2.) Subject yang kita ambil especially Islamic tu ada related tak dengan kerja akk? 
๐Ÿ’“Depends on department mana awak masuk. ๐Ÿ˜‰. Macam experiance saya, mmg ada related pun dengan subject degree dulu which is banking operation. Saya handle Forex and Money Market product in Financial Market Department which guna SWIFT. So belajar basic juga masa degree. Kalau siapa masuk bahagian shariah or department untuk shariah advisory mmg akan guna contract2 dalam banking mcm mudharabah/ musyarakah and etc. Tetapi bahagian2 ni lebih prefer orang2 yang fluent arab sbb senang diorg nk refer or consult dgn pak arab kalau ada apa2 kemushkilan. On top of that, kalau kita bekerja di Retail banking biasanya local bank mcm Maybank, CIMB, Bank Rakyat and etc, bnyk juga ilmu2 degree yg boleh dipraktik. Contohnya, masa degree kita belajar semua islamic contract, tapi bila masuk bank baru tahu oh contract mudharabah untuk buat business, Tawarruq untuk pinjaman rumah/ kereta dan lain2. So bila masuk ke dunia retail bank ni, kita lagi senang pickup dan mudahlah pekerjaan kita nk faham process dan explain pada customer. 

3) Bank apa yang kita boleh apply? 
๐Ÿ’“Bukan bank local je tapi foreign pun banyak. For your information, bank foreign kat Malaysia ni mostly adalah back office. Back office ialah orang yang process payment, check background client, yang buat risk checking untuk product2 yang ada kat bank untuk banyak negara. Macam contoh di Standard Chartered Bank, backoffice SCB ni dipanggil Standard Chartered Global Business. Kitorang ni tak sama dengan Bank. Bank akan cari customer/ prospect then mereka akan bagi semua details pada kitorang as backoffice untuk process atau check if semua documents atau information tally dengan requirement. Kalau dah Okey, baru kitorang releasekan Payment. Backoffice ni kira support system supaya Bank boleh meneruskan business dgn tenang gittuew. Sales/ trader kat Bank hanya fikir cari business/ customer then bagi je kat kitorg untuk processkan. So kalau korang join backoffice ni juga, korang akan dapat experiance kerja shift mcm ASIA shift (Malaysia/Singapore/Indonesia and etc), Middle east (Saudi/UAE/Pakistan) and night shift (EUROPE/US/UK). Of course kalau kerja kat middle east/night shift ada allowance. hihi. kayo di usia muda gittuw. Cuma masa korang je lah x sama dengan orang lain. Kenapa ada banyak shift? sebab nya Backoffice ni biasanya ada kat satu/dua negara je, contoh backoffice SCB ada kat Malaysia and India. The reason nya mestilah nk jimat cost. Kalau compare kita kerja backoffice kat Malaysia maybe dia bayar gaji RM3.5k tapi kalau backoffice kat SG dengan kerja yg sama SCB terpaksa bayar SGD3K which kalau convert RM9K sebulan. Kan SCB dah rugi, so Bank akan cari solution yang paling jimat cost untuk process semua produk2 dia. 

4) Kerja bank balik lambat? susah tak kerja bank? 
๐Ÿ’“ Normal balik lewat sikit sebab banyak end day reporting kene buat. Kalau takde issue, biasa balik on time. Takde lah hari2. But if environment kat office best, kadang rasa x nak balik. hahaha. Sebab mcm me time gittuew. Kalau dapat environment/kawan x best, lama betul rasa.

5) Apa persediaan untuk cari tempat internship? 
๐Ÿ’“http://taktahucerita.blogspot.com/2016/08/practical-sem-6-islamic-banking-course.html. Boleh click link ni eh. Kat situ dah ada cerita sikit.

List Foreign Bank dan Local yang ada kat Malaysia ni boleh refer kat website BNM dibawah.

Ramai member saya ada kat back office SCB, Citibank, Deutsche bank, Sumitomo, Commerce Trade, HSBC Data processing and Royal bank of Canada (RBC). Tapi boleh je apply yang lain2 macam JP Morgan, BNP Paribas ke. Beside that boleh juga aim jadi treasury backoffice kat corporate company yg mmg ada backoffice kat Malaysia mcm Shell, Google and etc. Kalau nk cari dalam LinkedIn search untuk Treasury/ backoffice. 

So whats your opinion lepas saya share my experiences? 5 tahun tu kejap sangat dalam dunia perbankan. banyak lagi product yg saya nk explore. 

P/S: Masa draf entry ni pada 2021. 2024 baru nk publish. hihi. Ada sebab dia kenapa dan apa yg currently Atenyana tengah buat? nanti kan cerita next post eh.
Byeeeee and All the best!๐Ÿ’•




Sunday, 17 May 2020

Jodoh kita dengan abang offshore ♥️

Helloo gais,

Sempena cuti maternity 5 bulan ni, boleh lah sis menulis bnyk sikit to kill the time sementara baby aryan tgh tido and kakak mel tgh main dgn makcik2 dia. hehe. saje nak share pasal tajuk kat atas tu..lets go....

For the first time aku kenal abg ni masa tu aku tgh praktikal (sem 6) bulan march 2015. masa tu, aku menyewa kat flat sri perak sbb dekat dgn LRT sentul nak ke office (CIMB, jalan raja laut). Aku x  sangka yg jodoh nyaaa adalah jiran yg aku x pernah nampk ๐Ÿ˜‚. aku kenal punn sbb ayah mertua aku kenalkan. masa tu baru balik kerja then tegur lah ayah mertua aku sbb x kan nk sombong kan. borak punya borak sampai lah dia cerita anak dia berapa org and semua lelaki. At the time, aku x berminat pun sbb tgh diambang clash dgn ex bf. ๐Ÿ˜‚. so masa tu fikir Lelaki semua kuat jeles and i want to enjoy lepas ni.

            Gambar kat Lombok๐Ÿ˜‹

  second time terserempak dgn ayah mertua dlm bulan puasa. aku sebenarnya berminat nk borak sbb nk promote cookies mama kat dia๐Ÿ˜‚, Dia cerita lah details pasal anak dia. anak pertama, dia ckp kerja kat Turki skrg, engineer offshore umur 29. dlm otak aku ckp komfem dah kawen, yelah offshore kot, kaya. kalau x kawen mesti gf keliling pingang. then anak2 seterus nya. yg kedua dah kawen.  so xde lah aku fikir apa2 kan. lepas habis borak. tetibe dpt whatsapp msg yg  ayah mertua aku nak kenalkan dgn anak dia yg offshore tu. siap bagi gmbr. nampk mcm matang tapi comell dlm hati kecik aku.. aku bagi lah kawan aku serumah baca, semua pakat menjerit๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. tapi mlm tu dpt lah jual kuih eh. dlm 5 botol. tapi aku ckp inshaAllah kat ayah mertua aku. dia siap bg no anak nya. mmg takkkk lah aku nk mesej kan. apahal pulak aku nk start dulu kan. ๐Ÿ˜‚

Gambar ayah dia bagi tu kat dlm laptop. x jumpa lepas tukar phone๐Ÿ˜…. ni lah abg tu ♥️

practical pun habis masa pertengahan puasa bulan 7 masa tu. so sebelum balik, aku bagi lah cookies raya kat ayah mertua. dia tanya lagi, dah mesej anak nya ke. aku ckp lah belum., x sempat. lagipun aku x nk kawin sbb aturan mak ayah ni๐Ÿ˜‚. takut aku kene dera ke apa lepas kawen kan. lepas balik melaka, ayah mertua tanya lagi soalan sama. aku mcm okey lahh aku msg, x nk reply sudah. non of my business 

"salam, sy fatin, jiran awak kat flat sri perak duduk kat lif tu, ni ayah awak suruh mesej"

then x de lahh aku berharap dia reply sbb tgh buat thesis kan. pastu sahur tu dia reply.

"wasalam, oh jiran mana ya? 

mmg aku mcm nk reply ke tak nak. then aku reply je lah.

" jiran kat hujung kat lift tu"

selepas tu je mcm layan je la. dia ckp sorry reply lmbt sbb time zone dia berbeza. mmg agak susah sikit nak msg dia. aku pun busy dgn thesis so kawan2 je lah.  then after seminggu lebih msg, tetibe sehari tu satu hariii dia offline maybe kapal x de line time tu kan.  mlm tu ayah mertua aku msg yg abg balik malaysia suprise. x bagi tahu family. mlm tu dia msg bagi tahu dia dah sampai malaysia. so aku pun buat2 terkejut walhal ayah mertua aku lagi laju ek๐Ÿ˜‚. 2 hari lepas touchdown abg ajak berbuka puasa sesama. aku terima pun sbb masa tu kebetulan aku kat shah alam sbb esok tu VIVA.

sempat lagi kann nak viva pergi dating. ๐Ÿ˜‚. sebelum aku jumpa abg, aku ckp dgn classmate aku yg aku tompang rumah tu bergurau lah

"mesti dia hitam, gemuk x hensem sbb duduk tgh laut. so aku kawan je lah dgn dia".

masa dia sampaii jeee. kawan2 aku yg excited tgk kat tingkap. sumpah nervous gila. aku x pernah share atau tukar gmbr dgn dia. tetibe kawan2 aku jerit kat tingkap

"apa benda kau hitam? gemuk?  dah kau pergi turun tgk sendiri"

aku mcm ehh serious lah๐Ÿ˜‚. baru ada keberanian nak turun.


first time bertentangan mata mcm hensemmmm and gentleee nya mamat niii. hahahah. first time jumpa ni bnyk cerita pasal hobby masing. mmg dia lah lelaki yg aku cari๐Ÿ˜‚  rambut kurang pun hensem je lagi.naseb x botak licin time tu๐Ÿ˜‚. mcm complete each other.. baru lah kitorg start follow fb masing2. teringat lepas viva aku kene jaga anak2 buah kat kl sbb pakcik aku masuk icu. then sempat lah pergi bazzar ramadhan jalan tar. bawah zhia! masa tuu nk tengok if dia ngam tak dgn budak. alhamdulillahhhh. soooo baik. masa tu dah terdetik suka. ehh x jadi ke nak enjoy life tu? ๐Ÿ˜‚. just follow the flow pulak.

**ada sekeping je gambar selfie. tu pun bergegar teruk sbb nervous sgt๐Ÿ˜‚. ambil pun nak tunjuk kat mama

2nd week of raya, abg ckp mak ayah dia nak dtg raya melaka. ckp dgn ayah mama, ayah ckp

"dia x de dtg dgn niat ke apa kan? (merisik). kau baru habis belajar"

mesti lahh takk kan, gilo, baru 2 minggu kenal secara bersemuka mana ada nak proceed2 ni.,๐Ÿ˜‚. then, masa pun tiba,
lepas makan2 dinner. borak2 kat ruang tamu, ayah aku and ayah dia seems non stop borak.  tiba2 mak ckp

"kita dtg ni ada hajat"

duhhh, aku dah gelabah hajat apa ni, abg x ckp pape pun. muka dia relaks je sengih.

"dtg, nak tanya boleh ke nak masuk merisik dlm masa terdekat"

ayah berfikir panjang yelah aku pun baru habis belajar tau. then ayh ckp lah nanti dia bincang. then mereka balik hotel. tetibe ayah tanya

"kau betul2 suka dia?"

well mmg lah suka tapi mcm x percaya lah org nak serious sbb baru kenal. then aku ckp lah suka tapi baru kenal.  ayah ckp

"kalau suka, suruh dia dtg esok bawak cincin. merisik terus x yah dtg next week ke apa. kalau dia serious"

terbeliak mata sis๐Ÿคฃ. should i tell him or not? ayah sebenarnya nk tgk abg serious ke tak, stable ke tak. so aku call abg and ckp. abg pening gak lah mana nak dpt cincin mlm2 buta ni. sizeee lagiii. last skali esok pagi2 abg and mak pergi mahkota parade. size cincin? kita ikut mitos

"kalau jadi kelinking lelaki ngan dgn jari manis perempuan, consider jodoh"

hahaha. berani kan. masa hari merisik berdebar lah nk sarung. mak mertua iols pakai shirt and jeans je๐Ÿ˜‚. mmg x formal. and sgt memorable. merisik koboi๐Ÿคฃ. 


koboi tak? hahaha. semua gambar bergegar. nevess gilaaaa๐Ÿ˜‚

lepas 2 bulan merisik, aku pun dpt rezeki kerja Dgn SC. then bertunag on August 2015. semua went very smoothly. bila Allah kata dah jodoh, mmg semua dipermudahkan.  tapi masa seminggu before tunang abg kene balik turki. urgent. rasa kene scammed jugak time tu๐Ÿ˜‚. yelah kot2 dia scam ke apa kan๐Ÿคฃ. masa tunang semua org wondering sape tunang iols. sbb dia x de kan.  kita tunang style org dulu2. ๐Ÿ˜. 

                    Bertunang:) 


lepas 8 bulan bertunang, kitorg pun nikah on 06 Mei 2016.  pengalaman yg sangat bermakna. x sangkaaa semua benda dipermudahkann. mmg betul lah kata Org, kalau dah jodoh semua nya Allah permudahkan.

i got my Prince charming. until skrggg walau dah berlemak, rambut kurang tapi kasih ku x berpernah berkurang❤️❤️. 



so nak tahu cerita after kahwin dan menjadi isteri kepada org offshore? i will write a new post later. ♥️. kita tgk stress ke idokkk kawen dgn org laut ni๐Ÿ˜‚. 





Tuesday, 12 May 2020

Pengalaman bersalin dengan 3 jenis induce. induce pil, induce belon, induce drip . auch!

salam hai korang, 

After berzamannn x menulis blog sbb busy dgn anak dan kerja dan anak lagi baruuuu lah ada feel nak share kisah bersalin anak no 2 ni. Aryan Iskandarshah!. ๐Ÿฅฐ. ramai tanya mcm mana boleh terbesalin awal๐Ÿ˜‚. entah lah. kekdang tu terfikir apesal lah x pergi clinic swasta check dulu before ke HkL. so x de lah terberanak awal. ๐Ÿ˜‚. tapii ini semua ketentuan tuhan. aryan ditakdirkan keluar on 22 feb 2020. pandai eh anak ibu pilih tarikh nak keluar! haha. cerita nya cengini. 
 

Anak bertuah ibu keluar awal on 37 weeks 3 days. x sangka pun nk kene bersalin awal. pergi hospital that time pun sbb ada contraction sikit and baby kurang gerak. pergi je HKL, doctor check dah 2cm. ๐Ÿ˜‚. nerves ibu sbb time tu mama ayah, parents in law pergi vietnam. masa tu mcm x nak warded sbb fikir kan sape nk jaga mel. rasa mcm nk tggu parents balik je๐Ÿ˜‚ tapi ayah aryan suruh je warded sbb risau kang terberanak ke kat rumah dah satu hal. luckilyy Shalina Shahril ambil cuti sehari semata nk jaga mel and Fatin Nur Syahirah dtg kl semata dari UTM jb gilir2 jaga mel. im lucky to have u guys as my sister๐Ÿ˜œ. (bagus gak adik beradik perempuan ramai) . ramai jugakk hulurkan bantuan nak jaga mel. thank you guys!. hehe.

Procedure baby kurang gerak mmg kene warded satu hari sbb doctor nk monitor. incasee kalau okey and x de bukaan or belum full term diorg bagi balik dulu. After dah warded esok nya doctor suggest utk induce, ingatkann doctor bagi keluar sbb movement baby okeyy dahh. at least boleh lah rasa natural contraction kan. tapi doctor x bagi, dia x nak ada risiko apa2 and baby dah full term. so iols pun setuju lah. this time iols rasa 3 Jenis Induce! 


On that day doctor bagi induce insert ubat mcm pil. untuk org yg x pernah kene ceaser before diorg akan masukkan satu pil tapi mcm ibu yg dah pernah ceaser, diorg masuk kan half pil je sbb nak risiko rahim pecah. after masuk kan mcm x de pape berlaku. x sakit langsung maybe sbb ibu kebal? ๐Ÿ˜œ. then induce tu consider failed sbb x de progress still 2 cm.

The next day doctor proceed with induce belon. kalau belon dah jatuh sendiri makna nya bukaaan dah besar. doctor bagi masa 24 hours. yg ni sakit dia lepas masuk kan belon mcm rasa nak terberank. mcm dah x boleh tahan. mcm sengugut kali 10. masa tu subuh dia masuk kan. pergi lah solat tapiii nak solat punn azabb sgt rasa mcm nk cabut jeeeee belon tu. dah berdiri duduk masa tu mmg x berckp lngsungg mmg dah nangis sikit dah pun๐Ÿ˜‚. kakak depan katil tu kejap tanya okey ke tak sbb dia tgk mcm x tahan sgt je. last kali baring mengiring and tido. pukul 8pg nurse kejut dah rasa kurang sakit. then try lah buat squat and berjalan. pukul 10pg pakar dtg check. then dia decide utk cabut belon. sbb dah bukak 4 cm and risk sbb ada previous scar. and decide utk hntr labour room. masa tu mcm alah biar lahh dia bukak lagi x nk cabut. ๐Ÿ˜…. after cabut tu try lah berjalan, squat dlm wad tu. dgn harapan bukak lagi cepat. pukul 4 pergi labour room. doctor check still 4 cm. adik ni x nak keluar lagi ni. then doctor decide pecahkan ketuban dgn harapan nya bukak cepat. diorg bagi layan contraction 8 jam sahaja sbb dah pernah ceaser so diorg x nk risiko rahim pecah kalau lama sgt. 

then diorg pasal ubat induce kat tgn. tu pun diorg x bagi high level pun sbb reason yg sama x nk bg rahim pecah. sakit dtg punnn x berapa sgt. bnyk kali nurse offer epidural/ entonox gas. tapi reject sbb boleh tahan. abg dah keluar masuk labour room sampai kan dia seledup bawak masuk teh tarik and etc. mata dah merah2. ๐Ÿ˜‚. dia sebok pulak bercerita pasal first time jumpa. nape ibu suka dia. mmg pandang dia kecik besar je time tuu dah lah tgh layan contraction dia boleh buat hiburan disitu ya. ๐Ÿ˜‚. selepas beberapa kali kene seluk and dibuangkn air kencing melalui tube, ckp dgn abg, kalau x nk bukak lagi kita proceed ceaser gak. dah x larat. after 8 jam bukaaan still sama jadi doctor prepare kan OT. diorg pasang tube kencing siap2. paling benciiiii pakai tube ni sbb x selesa, sakit gila lagi sakit dari contraction tadi. sampai cubit abggg.๐Ÿคฃ. sorry baby kene cubit. then masuk OT lepas biusss spinal paling legaa sbb tube and contraction pain berakhir. x sakitttt langsung dah. 2.51pg aryan keluarr. kali ni mcm lama sikit dia operate maybe sbb second time ceaser.
Ni lah org yg cari pasal tu๐Ÿ˜‚. 


yg best HKL, lepas ceaser diorg x terus hntr anak, diorg bagi ibu rehat dulu sampai bius hilang. masa selayang dulu, anak dia hntr terus and nurse tolong pegang utk kita buat skin to skin and breastfeed. masa tu anak nangis pun x boleh buat apa sbb bius lagi kan. tapi nurse tolong. jgn risau. 

                  Aryan iskandarshah
Baby aryan pun kene jaundice kat hospital. doctor suruh duduk bawah lampu sehari. yg best hkl, lampu tolak kat ibu, so ibu x yah lah susah2 nk bergerak ke nursery tgk anak.  tapi mental ibu kene kuat lah sbb anak kejap2 menangis sbb maybe dia x selesa baju kene buka kan. so kene biarka  baby lama sikit bawah lampu. 



alhamdulillah after 2 hari boleh discharge. ❤️ so far HKL baru ni best and selesa sgt. ingatkan nak ambil first atau second class. tapi masa warded ada third class je so masuk lah dulu and booking second class. bila masuk mcm x percaya selesa sgt even kipas x de lah panas and condition mcm second class cuma x de aircond. so cancel booking and jimat bnyak gila. ๐Ÿ˜Š

aryan lahir 2.645kg. berat masa cucuk 2 bulan 5.25kg. alhamdulillah. semoga aryan membesar jadi anak sihat, kuat, soleh, bijak, baik akhlak dunia akhirat. amin inshaAllah❤️

semoga dipermudahkan utk auntie2 semua. 

Saturday, 20 August 2016

Practical Sem 6 Islamic Banking Course :)

Assalamualaikum.

Okey setelah berjaya update entry islamic Banking tadi. *setelah hampir 1 tahun lebih habis degree ** moh lh kita continue the next entry Iaitu Practical. currently iolss dah kerja masa tulis blog ni. dah hampir setahun bekerja. :). 



So mostly practicle ni lah korang akan face dunia sebenar Industri. for my experiance,  Pertengahan sem 5  lagi iolss dah strugle cari tempat practicle.  tp mesti ada target tau! nak masuk mana , apa goal korang in future. mcm sisturr ni, dah target nk keje bank lepas habis belajar, so praktical pun sebolehnya  cr lah jugak bank. sebolehnya, kalau susah cr je memana company dulu as long as korang boleh experiance industry and also complete UITM requirement. as for UITM Puncak Alam isba student, WAJIB  cr kat area KLANG VALLEY. memula, mcm x suka jugak sbb nak practicle kat melaka jimat. tp ada kebaikan jugak whereby kau dpt expriance KL cemana. ada beberapa cara nak cr tempat practical:-

1. Paling senang, cari email dan email saja company2 ni. benda wajib ada ( cover letter, resume and kalau ada, bagi latest transcript) semua scan convert dlm pdf tau.

2. Walk in. satu hari tu iols target lah dlm 5 banks. so Gigih bersama kengkawan bersama sama dtg ke KL walk in ke setiap HQ bank ckp nk hantar resume,  time ni lah kita dah start expose diri kita dengan org industry. Seeloknya time hantar resume pakai mcm formal sikit. sebb kekdang hantar resume terus kene interview. depends ye. x semua mcm tu. 

3. Career Fair. Kene lah rajin kan diri pergi explore sebb time ni peluang pekerjaan sgt besar!

** lepas hantar resume by mail atau by hand, WAJIB tau WAJIB follow up dengan diorg. ada jenis simpan je resume, kalau selagi kita x notify dorg selagi tu diorg simpan buat perkasam. at least kalau kita dah call, atau email tanya diorg. diorg reply x dpt tu lagi lega at least kita x berharap dan terus cr company lain ye tak? bagi diorg masa 1/2 minggu lepastu baru tanya follow up.**



time ni gigih cari tempat Practicle kat KLCC ada Career Fair.
Mcm pergi Shopping!hehe


so finally, after 2 weeks. sangkut lah kat a few banks.kene interview dgn phone and also dtg sana bank tu sendiri.  ALhamdulillah. Sijil Hong Kong laku kot. hehe. so Pilih lah yg mana iolss rasa dekat dgn Public Transport. (ni pun peranan penting gak ) kalau dpt banyak choice lah ye. kalau dpt satu so stick to 1 je lah tau. jgn ngegada nk demand tempat lain.. Pilihan utama iolss, masa tu kat CIMB Menara Bumiputera sebelah sogo depn LRT Bandaraya. senanggg ya ampun dekat dengan mcm2. so masa tu 9 org je intake practicle time tu and i'm the only one dr uitm Puncak Alam yg dpt practical situ. yg lain dr Uitm negeri lain dan U lain, mcm rasa bertuah dan bangga pun ada gak. hehe. so dpt mortgage credit department . Belajar kerja dr bawahan sampai lah ke pertengahan. dr keja kerani (Data entry ) sampai lah ke officer (processing housing loan ) sngt2 memberi ilmu sbb first time belajar menaip dg laju utk data entry. dan process housing loan. time tu jugak lah tahu criteria org nak buat housing loan lepas atau tak and bagi knowledge sampai lah nak beli rumah sendiri skrg. and siap boleh advice org lagi. hehe. time ni kawan2 semua kat bank lain buat kerja yg ringan2 mcm data entry, filling and etc. tp  yg best kat CIMB ni kene handle mcm kau kerja permanent kat situ. dpt lah experiance balik lambat. Seronokkk sgt sebb nya staf2 dan manager sgt  baik, supporting dan friendly. Bersyukur! and Elaun punn , x de la sampai MYR1000. tp ngam2 utk hidup 3 bulan kat KL.
With Lee yen. Kawan yg sgt2 membantu .:)

Eksaited nak pergi kerja. hehe
   
Masa practical jgn lupa update buku log ye adik2. Nanti uitm akn bagi before kita start keje. Nanti seminggu skali / hari2 update pasal kerja. Nanti bagi supervisor sign/comment then kene bawak jumpa lecturer/advisor kita utk mereka sign pulak and buat penilaian pulak.

Belajar cr rumah sewa kat KL pun bukan nya senang. lastly dpt kat sentul kat Flat sri perak. Special Location i think that have changeed my life. hehe. okey tang ni next  next entry sbb apa dia special. hehehe. 

Jangan lupa sem 6 ni jugak lah korang kene Focus on THESIS. keje pun keje jugak. Thesis jgn lupa. time ni lah baru rasa busy nya working life. pagi keje balik rumah malam buat thesis sesikit sebb every week kene jumpa advisor kene tunjuk progression of thesis. so Sis buat thesis yg senang nak cr respondent mcm staf2 bank situ tajuknya pasal Demand of Family takaful among CIMB staff. so senang je cr respondent. cr lah benda yg mudah nak buat tau.

Thesis done! dah boleh hantar time ni. :) Bahagia rasa . haha

so after done 3 month there. so berakhir lah practicle kat sana. Yes mesti tanya kenapa x absorb terus kerja. Well during that time. X de kekesongan and diorg pun nak reduce pekerja. so x dapek lah nak menruskan kerja disitu even Manager & supervisor  dah tolong. x pe x de rezeki situ kita pergi tempat lain ye tak :). rezeki tuhan dimana2. time ni lah dah boleh 100% FOCUS on thesis. 

Best Memory ever!
My pretty supervisor my manager

Alhamdulillah lepas VIVA, dan berjaya present dgn jaya nya! nak menangis tau lepas present, Lecturer Puji. bersyukurrr dan Alhamdulillah dpt A. mcm x percaya dpt Grad dgn Ijazah KELAS PERTAMA.  yang penting x yah bayar PTPTN. so kiranya, keluar Degree x de hutang. Clean & Clear :) patut nya grad bulan NOV 2015 tp sbb UITM  nak selaraskan balik Graduation mereka. jadi kami grad lmabt setahun MAY 2016. x pe lah. time tu dah kerja boleh bayar yuran konvo sendiri. :)

Priceless classmates a.k.a Family ever. dr sem 1 sampai 6 sampailah ke sekarang  tetap bersama :)

My strength, my love thru ups and down! No words can describe how much i love you guys! 

 Now rezeki berpihak kepada Standard Chartered. hehe. currently bekerja as Global Operation officer for FOREX and Money market di Scope International, subsidiary for Standard Chartered Bank and handling a few country seperti UK, Middle east and also now handle penuh utk Singapore. 
btw, dah cari kerja since masa practical lagi. masa practicle pun ada cuti sebenarnya utk interview kerja. just bagi tahu manager hal sebenar then diorg  inshaALLAH bagi punya.:) lepas sebulan masuk habis practicle. terus SCOPE panggil kerja, lepas 2 kali interview. rezeki sgt. so x de lah menganggur lama. alhamdulillah. and now dah 1 tahun kerja. kejap sgt masa berlalu. 

                                     




Time ni raya haji, so Iolss x boleh cuti sbb UK time ni x cuti.
Tang cuti ni je lah kene berkorban sikit

Percaya lah rezeki dimana mana, asalkan kita BERUSAHA tanpa henti , BERDOA tanpa jemu dan BERTAWAKAL dgn perancangan AllAH. Kadang2 org ckap, kenapa dia dah berusaha hantar sampai 20 resume tp x berjaya? relaks lah Tuhan nak uji kejap je. DIA  tgh prepare something nice for you and tuhan tahu bila masa awak2 semua dah bersedia utk bekerja. 

So anything nak tanya pasal kerja. boleh inbox FB. feel free to whatsaap pasal ilmu dan pengalaman. 
0172393991 and https://www.facebook.com/fatinnurliyana.shahril

Good luck for your future undertaking !

~atenyana~


Tuesday, 18 March 2014

Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam ( BM 229 / BM 249) UITM :)

Assalamualaikum. :)

Apa khabar belog? kangen sama gua ya? mari yuk, kita bercerita... *anginIndo da sampai.hehe
Untuk latest update nanti scroll sampai bawah okie!.

     Arini bukan nak bercerita pasal pergi mana- mana tp benda yg sgt org nak tahu sebelum tekan butang submit bila isi UPU. So lupa kan travel sebentar. Hari ni, nak bercerita siket pasal apa itu course Islamic Banking di UITM Shah Alam ( tapi intake september, kami dah berpindah ke Puncak Alam so xde lagi kat Shah Alam) which bagi sy mmg sedeyhh woo. Shah Alam mmg terbaik! semua alhamdulillah lengkap dr segi facilities kolej, nak kemana mana pun senang  tp belajar2 mana2 pun sama cuma diri kita nak atau tak. Environment kalau bagi effect pun dalam 20 % mungkin.:)  . Ada beberapa org bertanya haritu pasal subjek apa, susah ke, senang ke, apa peluang pekerjaan lah dan etc. tp maklumkan org busy mcm perdana menteri. Ate, kome pepeham je la yop. Nk meng'reply' nya.x nyempat lah kiahh oi. But i Make a special entry to answer all your questions :) inshaALLAH.

      Memandang kan korang nak tahu apa itu course islamic banking or we call it as ISBA in UITM shah alam, and  in other campus diorg bagi nama IBSA lah and so on , so let me proceed.

Apa itu Islamic banking?
Islamic Banking semua nya tentang perbankan tp berlandas kan syariah.
Maksudnya disini, menjalankan aktiviti perbankan tanpa ada unsur- unsur riba,(bunga/interest), perjudiaan atau pun ada elemen elemen keraguan (uncertainty).
Cer Refer al QURAN surah Al Baqarah verse 275- 276, 278 -280, surah al imran verse 130, surah ar Rum verse 39.

 * untuk ketahui maklumat lanjut pasal definisi islamic banking atau perbezaan islamic banking dgn konvensional ke, sila lah guna kepakaran pakcik Google sbb kat sini i just want to focus on the subjects yg korg bakal ambil. :)

ASSIGNMENT?
Bak kata Kak Najua, classmate saya, dia dulu ckp dia sendiri x tahu apa terms assignmnet tu. so dia mintak tolong akak engatkan.:). thanks najua.! So Apa itu assignment yang semua bebudak U dok canang tiap hari? pastu bebudak skolah biasa nya berlagak ckp harini ada esaimen padahal term asal "kerja skolah". saje nak bagi gempak. kan? ngaku je lah kalau pernah berlagak guna term esaimen bila kat skolah. kan? kan? :p

 Okey essaignment atau tugasan adalah "kerja skolah" yg diberi oleh pensyarah. Then setiap semester dan setiap subject mesti +ada individual presentation dan group presentation. Ia sangat membantu dalam meningkatkan self confidence and self esteem kita. inshaALLAH. dan  juga bila mana kita berada dia alam realiti maksudnya dia alam pekerjaan nanti. Dan Carry mark! sangt penting. final kita hanya dikira sebagai
50 % sahaja bukan 100% macam skolah dulu. so mana lagi 50 %?? JAWAPAN nya ialah dtag dr assignment, presentation2 yg td tu, ujian2 kecil dan kuiz yg dibuat oleh pensyarah. kalau dapat 40 marakah dan keatas, A dalam tangan. tp jgn pula over confident ya adik2, final ada lagi. :). Tp bagi yg dpt bawah 40 ,kat final lah masa nya anda struggle untuk dpt A. x susah pun kalau kita buat sungguh2. :). trust me adik2.

Part 1
subject yang bakal korang ambil ialah :
1) Financial Accounting
2) Language Enrichment
3) Economics
4) Business Law
5) Information Technology in Business
6) Principles and Practice f Management
7) Third language(arab/mandarin)
8) Kokurikulum( uniform)

JADI, kat sini, i'm going to make a simple conclusion.  Untuk pelajar Matrikulasi (akaun), anda bertuah sebb, subjek account,economy dan management diatas, adalah sebiji mcm apa yg korg belajar dekat matrik. cuma tukar bahasa english dan ada siket perubahan juga. tp x bnyak. so suggestion nya, buku matrik boleh bawak pergi degree. in case bahasa omputih tu terlampau "faham". dan bagi student foundation Law, adalah tidak menjadi masalah untuk korg, score business law sbb tu pun subject yang korg dah amek masa foundation dulu.:) cuma kena struggle siket untuk the other subjects. okey seronok x? hehe. dan untuk third language , Sy nasihatkan anda, untuk ambil BAHASA ARAB sbb senang nak score even x de basic arab dan ia berguna sbb kita akan bnyak guna terms arab masa part 3 keatas.  tp siapa nak belajar bahasa Mandarin, its up to lah. ni mengikut penglaman sy dan kawan2. Dan untuk kokurikulum, bagi sesiapa yg pilih kesatria negara, semester 2 anda boleh pilih kokurikulum yg lain , maksud nya boleh keluar dr Kesatria dan boleh ambil Catur ke, Pemikiran Pemimpin ke dan lain2, ye lah aktiviti yg x ada kawad semua.tp kalau nak stay pun boleh, untuk Brass Band, Kelab Kembara, Bulan sabit, Palapes dan beberapa niform lain, semua tu x silap sy, kena stay sampai semester 3 atau semester 5. depend on korang.



budak Islamic Banking pun Reti masak tau. dpt no. 2 lagi. hehe
Classmate yg Super awesome! :)


PART 2
1) Financial Management (mcm akaun, ni pengiraan)
2) Principle and Practice of Marketing
3) introduction to Human Resource Management
4) introduction to Operation Mnagement
5) Banking Operation
6) Third language
7) islamic and Asian Civilization
8) Kokurikulum (terpulang)

Untuk Smester 2, subjek nya agak tough siket. Mmg diakui, ramai yg x dptkan kekal Dean List diorg bila dpt result semester 2. Tp ada je org dpt kekal kan. bergantung pada usaha dan tawakal. terkadang mereka terleka sbb diorg pk kan senang mcm semester 1 dulu, Tp soalan makin lama makin susah.buat persediaan awal. tp sebenarnya agak payah when it comes to exam. masa final sem 2 tu. mmg menangis sebb soalan dia pelik2. tp Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi.:). jgn berhenti berdoa okey? usahaaaaa! third language pula still sama sampai ke semester 3. Kokurikulum dah boleh tukar kalau x nak Kawad lagi. hehe. yg lain biasa je.
Presentation Banking Operation :)

ISBA Tour di UITM Segamat. 

Majlis Anugerah Dekan untuk smester 1

Isba Family Day di Bagan Lalang 



PART 3
Subject yang bakal korang ambil ialah :
1) Presentation Skills
2) Usul Fiqh (islamic jurisprudence)
3) Introduction to Fiqh Muamalat
4) Philosophy and Principles of Islamic Banking
5) Personal Development and Ethics
6) Quantitative Business Analysis
7) Third language
8) kokurikulum

Untuk semester 3, fasa "islamic" bermula. betulkan mindset. scan pastu delete virus dlm kepala tu. lepas tu set up balik sistem otak dan bersihkan hati juga ya adik2. sbb sem ni kita da nak menghafal. hafal potongan potongan ayat qurn sebagai bukti. tp jgn risau x bnyak pun.:) dan ni sem terakhir kita akan ambil third language dan kokurikulum.so yeayy! koku da hbs. hehe. Buat pengetahuan adik2. sem 3 agak mudah untuk discore sbb agak senang berbanding semester 2. so semester tiga adalah masa terbaik untuk adik2 tebus pointer yg rendah dulu, untuk dpt pointer yg terbaik. Serious X tipu!. inshaALLAH:)

Majlis Anugerah dekan untuk semester 2


ISBA tour  di UITM Merbok

Budak ISBA main laser tag. satu2 satunya group perempuan.haha  power tau.haha



Part 4
Hye bakal senior! :) :
1) Islamic Financial Planning
2) Islamic Banking and Financial Services
3) Advance fiqh Muamalat
4) Monetary Economics
5) Principle of Entrepreneurship
6) Report Writing
7) Ethnic Relation

okey! now kita dah besar siket. pejam celik pejam celik dah sampai semester 4, which semester yg sy tgh hadapi skarang ni. Alhamdulillah. Allah bagi lecturer yg sporting, best dan wow. *gaya seronok kemain. haha. Sem ni, mengikut dr cerita senior, ALhamdulillah agak senang juga nak score.tp jgn nak yakin sagt sbb kita tak tahu mcm mana gaya lecturer kita semester tu. kalau korg prepare mental and fizikal inshaALLAH semua nya dipermudahkan.:). Nota kena buat, esaimen awal2 sem ni kasi settle. inshaALLAh. x de lah sesak mana nanti. Untuk report Writting, report ni adalah benda yg sama dgn apa yg kita buat dulu kat matrik mahupun asasi. seriously sama! kena buat questionaire lah semua tu. teringat dulu time matrik, x fhm langsung kena buat apa. buat kerja caca merba.haha. serabuttt sungguh. naseb baik dpt markah jugak. kalau x, melalak lah kome.. tp ALhamdulillah lecturer English semester ni sangat supportive dan best! so  xde lah rasa lonely, pastu confusing gila bila nak buat topic lah, questionnaire semua tu. :)

**best experiance sem ni kitorg anjurkan Islamic Banking Global tour ke Hong Kong. first time ever dpt melancong under UITM dan kengkawan kelas. yg best nya kita dpt visit Global Financial Hub disana. dengan susah payah buat kertas keje present depan dekan dan kami berjaya ke Hong kong! 9 days berkampung sampai rasa bosan. hahah. tp best experiance yg membuatkan kita senang dapat keje:)** okey boleh buat 1 entry ni. haha. inshaALLah


Ni di Kedutaan Malaysia Di Hong kong 
First Time masuk Disneyland HONG KONG!. Jakunn kau jah masuk sini.
x hengat nak nak balik malaysia. haha



Part 5!
Da senior kau Jah! :)
1) Qawaid Fiqhiyyah(islamic Legal Maxim)
2) Principles and Practice of Takaful
3) Islamic Financial Framework
4) Islamic Capital Market
5) Strategic Management
6) Research method

so for Semester 5, *setahun lebih selepas meninggalkn UITM bru nak update* hehe.
sem ni kitorg dah kene pindah kat UITM puncak Alam sebb Fakulti Business semua nya berpindah dr Shah Alam ke Puncak Alam. Sem ni jugak lah first time duduk rumah sewa. kalau x silap duduk kat Fasa 2 apartment x brapa engat.haha. lamaaa dahh tinggalkan Uitm. hehe. okey Sem ni belajar okeyyy je. x susah mana. sem ni dah jadi supersenior! syok gila. Time ni nak buat apa saje yg engko suka. Time ni seronk, sebb junior yg masuk semua best2 dan bagus. so kalau buat program, diorg sgt berkerjasa. well Isba United katakan. so Penting nya disini korang kene build up Relationship dan good communication between senior and junior. so part 5 mostly  kene iolss belajar je. tp study smart lah ye. mcm biasa. so Alhamdulillah kita dpt Dean lagi! setelah Semester 4 x dpt . sedih sebb dpt sipi2 3.47 cgpa. time tu sebb busy sgt and memain. huhu *ketuk kepala sendiri*.

Part 6!
Kita practical.

Okey tang ni, nak cerita. tp sila refer next entry sbb entry ni berjela jela. hehe.


 PELUANG PEKERJAAN 

Dan untuk peluang pekerjaan. Jgn khuatir ya anak2. Sekarang ni Malaysia dah jadi Hub Perbankan islam. Bnyak bank Konvensional dah ada bank subsidiaries diorg contoh nya maybank islamic, Ocbc Al amin and so on. Mengikut analisis BNM( BanK Negara Malaysia) ada 16 Islamic Bank dan 12 Takaful Operators yg boleh kita explore dan cr pengalaman. Besides that Bursa Malaysia dan PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun offer pada student Islamic banking normally dekat bahagian Islamic capital Market. Tp qualification dia agak mencabar. tp jgn risau Korang boleh punya.:).Jabatan kewangan Negara pun offer kerja kat kita.  Jadi Shariah committee atau shariah advisory or maybe consultant dekat company2 besar mahupun ISRA pun boleh. cuma normally diorg akan hire org2 yg ada master or phd. TP if korg punya qualification kat degree cukup bagus, kenapa mesti diorg Tolak permohonan kerja korang kan? :) so jgn Takut . x de kerja ke. sbb rezeki ALLAH bagi kat mana2. think positive. be positive alright?Pensyarah Juga adalah profession yg boleh juga anda ceburi. Kita nak menuntut ilmu dan pengalaman dengan niat LILLAHI TAALA. x kan ALLAH x nak tolong kan? :)



Lepas Membebel panjang lebar. so sekrang ni dah tahu kan apa yg kena ambil apa yg tidak. Depends jugak, tetiba faculty tukar subject, kena lah ikut subject apa kena ambil pula. anything can happen. :)

Semoga Berjaya.

Nasihat siket untuk tetapkan matlamat belajar adik2:)
Dear adik2,
   Belajar x susah, tp Mindset kita je ckp susah. why don't kita ubah pemikiran kita sikit ?
Buang semua tanggapan negetif pasal belajr susah, tp sematkan dlm Diri Belajar senang dan aku belajar demi masa depan aku, family,negara dan Agama demi Allah. Siapa lagi nak ubah nasib kita dan keluarga? siapa lagi nak ubah nasib Negara? dan Siap lagi kalau bukan kita nak memartabatkan AJaran islam dan sebarkan apa yg betul dan apa yg salah? semua persoalan tu berbalik pada diri kita sendiri. Muhasabah diri balik.kenapa kita nak tuntut ilmu. Bukan ilmu Islamic banking saja. tp Ilmu lain juga. don't narrow  you mind.

     Dan cuba adik2 berfikir sejenak, kita belajar selama ni untuk apa,kenapa. Adalah 'LOSER' jika seseorg tu belajar sebab nak dpt skrol degree, pastu kerja bagus, then kawen dan "settle down" mcm tu je. tp x memberi sumbangan dalam masyarakat mahupun negara malah Islam juga. buat penat otak je kan? x tidur siang malam study. tp x nampak hasil pape. ekonomi, kewangan, perbankan semua nya nmpak sama dan makin Corrupt serta makin lemah .Kalau semuanya demi kepentingan diri semata, nak kaya tp ada org still hidup susah. nmpak sangt kita selfish..kan? :)

     Allah pilih kamu untuk menjadi Khalifah di Bumi ni supaya kita semua dapat menyebarkan apa yg baik. Dan mengambil pengajaran dr apa yg buruk. Kita sebagai pelajar Islamic Banking sedang memegang amanah berat dr Allah. dan bila kita semua berjaya membentuk Sebuah sistem perbankan islam yg kukuh di negara kita, nescaya pahala kita pun berlipat kali ganda where by, kita dpt menarik org ramai dr melakukan Riba, Judi atau pun unsur2 keraguan seperti Alquran dah stated. Besar kan peranan kita?:) dan tentulah nanti, hikmahnya amat besar juga untuk kita.

         So adik2 fikir lah apa yg terbaik. adik2 semua bakal merubah keadaan Kewangan, Ekonomi, Perbankan dalam negara malah Dunia Yg semakin 'rosak' ini . Siapa tahu kan? :). Jgan berhenti Berharap pada ALLAH. Allah adalah sebaik baik perancang. Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Terakhir skali, Mari ukur Syahadatul Haq kita :). kalau x tahu apa tu syahadatul haq, panggil pakcik google ya.:)

SKrang ni pasang niat belajar sebab apa. tetapkan matlamat adik2, contohnya, sy nak mewujudkan NEgara islam mcm zaman Rasulluah S.A.W bila semua org hidup dgn aman dan bertoleransi  dan zaman Khalifah Umar Bin abdul Aziz bila mana tiada org miskin pun dan semua org kaya pada zaman tu. :). so dengan cara ni akan dpt memmotivasikan diri kita sendiri.:)  so kalau nak jadi mcm ni, apa lagi. jOm kta ubah. bukan dgn cara memberontak. tp dgn cara Berilmu dan Al quran dan sunnah sebagai Panduan. dan ALLAH sebagai tempat kita mengadu, memohon dan meminta perlindungan.

DAH. Habis. sy DOAKAN anda berjaya dunia dan akhirat!  inshaALLAH. :) amin

Sunday, 9 March 2014

Dari Malaysia ke Vietnam ! MEH kita Shopping dan Cuci Mata!

 Assalamualaikum WbT :)

       Skang ni org dok heboh habaq yg Vietnam murah, Vietnam murah. Meh sini cek habaq. memang murahhh oii. murah sgt. elok lah pada siapa yg betul2 nak meniaga, Hang p sana, p borong sakan. Jangan tak balik sudah lah. org sana pun lawa lawa, handsome2 baq hangg. *zai baca aku tulis loghat utagha lagu ni, habis lah cek kena bantai esok. haha.

      Masa bulan 10 tahun lepas, lepas raya. Ayah dgn berbesar hati nya bawa aku dgn mama p sana. Sbb tiket agak murah time tu. Actually ayah bawak group jugak under NGO ni. dan total org yg ikut ayah time tu dalam 30 org. kami bertolak dr melaka dgn menaiki bas. ayah mmg dah sediakan bas dr melaka. ada jugak yg dr KL terus dtg ke KLIA. Tp yg penting sampai KLIA kami semua berkumpul lah kat situ.


     Kami naik flight pukul 4 lebih kurang mcm tu lah. Naik MAS. perjalanan mengambil masa dlam 1 Jam 45 minit. Muka pakcik dgn makcik semua mmg terpancar sinar 'KEHAPPY-AN' melampau. yelah nak borong sakan katakan. Yang bawak suami tu, muka suami dia bila sampai Airport HO Chi Minh mmg pasrah, redha tawakal je lahh. haha. yelah duit ready nak meluncur keluaq.haha.

     Sampai je sana bas dgn tour guide mmg da siap ditempah untuk kami. Tour Guide tu namanya Mr Tan. Friendly, talkative and nice. kat HO Chi minh mmg bandar yg sibuk. ada 5juta motosikal kat dalam bandar tu.Dan org kat sana mmg x guna kereta mcm kat malaysia ni. kenderaan utama ada moto. semua nya disebbakan taraf hidup yg rendah. lagipula kat situ kalau nk beli kenderaan mmg cash. mana ada loan2 macam kita. haa, sampai sana, korg dapat la tgk moto yg bermacam bentuk,  helmet yg WOW!.mmg terkezutt i.  dan isu keselamatan mmg perlu sgt dititik berat kan. kadang handfon yg kita tgh pegang ni pun sekelip mata dia boleh rampas. #tips 1- Shopping x payah bawak beg Tangan besau GEdabak. naya jaa. bawak 'sling bag' atau yg ikat kat perut macam org meniaga kat pasar malam tu. 


NI Bas yang kitorg naik. tp time ni dah nak balik dah. tu brang sebeban. hehe


   Kami dibawa ke satu kedai, dpat minum teh cina free  yg bagi free pun x nak aku minum. pahit baq hangg.kat situ ada jual souvenir plus makanan mcm kacang tumbuk yg quite sedap. JGN Risau. TRIP kami adalah trip HALAL ye tuan tuan dan puan puan. Lepas tu, kami dibawa makan kat kedai org Malaysia Halal Saigon, boleh pulak Makcik trip kami ni ada berjiran dgn owner restoran halal Saigon kat Kedah. haih. semua pun bolehh.haha.


      Lepas makan kami dibawa ke hotel, hotel Hoang Hai Long 2. Mmg betul2 dekat dgn pasar Ben Thanh.tempat yg org pompan kalau masuk susah nak keluaq.. Facilities and accommodation hotel tu pun baguihh. wifi temapat tidur semua TIP top . Alhamdulillah. Dan depan, bawah,tepi kanan kiri hotel tu, mmg semua kedai pakaian, beg, telekung yang murah Gilaaa dan juga kedai mkan Hajah Basiroh dan western food yg Halal. Kedai 1malaysia pun ada, cuma agak mahalll jugak lah.so kalau penuh barang kat tagn, p naik letak brg kat bilik pastu turun balik, hang p lah borong lagi. nak ulang 'exercise" ni brapa kali pun bulih. bergantung pada duit kat poket hang pa. hee~






   Esok nya, kami Bergerak ke Sungai Mekong yang terletak jauh jugak dr bandar Ho Chi Minh ni. it takes 4 hours kot. x brapa engat. Tujuan kitorg pergi situ, sbb nak melawat tempat2 menarik kat Vietnam selain menghabiskan duit. tp kat situ ada jugak benda yg boleh dibeli dan harga nya lebih mrahhh berbanding dekat bandar dr segi sourviner , beg2 yg lawa, baju kekanak. dan kat situ dr Jeti kami dibawa ke sebuah pulau dgn menaiki Tongkang. Best! menenangkan. Sampai je pulau, MR.Tan bawak kami ke kilang Coconut candy yg dibuat sendiri boleh pengusaha kedai tu. Dan dr segi packaging dia buat secara manual dan lajuuu! peh tabik kat situu. Next kami dibawa berjalan kat situ dgn mata yg agak melilau. sbb barang2 yg murah ditambah lagi dgn Godaan peniaga kat situ. pehh. sapa x kuat iman , habis lah hang p borong semua benda. Beg telekung yg besar tu boleh dpt rm 10 ringgit dan kalau beli bnyak boleh jatuh harga rm 8. Tgk peniaga tu jugak. #tips 2- mulut kenalah manis ye cik kak, cik abg.hee. Lepas tu, kami dibawa menaiki perahu yg sgt x selamat kalau tgk je. tp bila dah naik, mmg selamat pun. bnyak perahu yg bersedia kat situ.ada yg sarat mengandung pun still mendayung sampan tu. kesian. tepi2 sungai tu, ada org meniaga, buat alas kaki ,alas meja dr kain perca yg hanya dibuat melalui tgn dengan harga rm 3 .dah la lawa, manual. tp murah. ni semua semua disebbkan keinginan meneruskan hidup. kesian. mmg kesian. Anak2 diorg pun reti meniaga.  :') respect!


Ni lah Tongkang
Ini pulak sampan. :)



                                            


   sampai je kat tongkang, kami ddiberi air kelapa free of sugar. ori dr pokok!. nyummehh.bestt.dan dibawa makan kat situ juga. alhamdulillah sedap pun sedap lah. asas pun minyak bijan, korg pepaham je lahh. kat situ pun ada surau, kitorg solat jama kat situ je. lepas tu kami balik ke bandar balik dan dibawa ke satu jalan yg penuh kedai jual kain dan baju. dan ada jugak satu kedai ni yg boleh tempah harini, esok ambil. fuhh. power x? tp quite expensive lah kan.
Logo tokak den..pheww

     Pada malam nya pulak, kami pergi tgk puppet water show! walaupun x pahamm satu haram pun dia ckp. tp tetap amazing dia control puppet tu dlm air.  bila org gelak aku, pun gelak. sampai tertido tido. kahkahkah. lepas balik dr situ, kami pun balik ke hotel dan meneruskan misi shopping kat pasar malam hujung bangunan tu. Subhanallah , bila malam lagi bnyak kedai buka pluss lagii murahhh.. kat pasar malm tu boleh beli  baju, beg dan memcam lain. kain ela pun bnyak dan jgn terkejut harga dia. Boleh Menangiss sbb murah ya ampun. mmg patut pun org meniaga ambil barang kat situ. telekung lycra, telekung bersulam, x de sulam, semua nya boleh dpt dgn harga 4/3 kali ganda murah dr jual kat Malaysia. yelah jual kat Malaysia mmg mahal, cost semua kena ambil kira, kalau x, rugi lah kan?:) dpt lah pau ayah satu, Back Pack KIpling yg super cantik. hehe. pakai pergi class, kak shidah panggil aku Dora the explorer.



   Esok nya pulak, adalah hari bebas, whereby semua di benarkan bebas nak pergi asar ben thanh ke, nak duduk bilik ke, atau pun bas disediakan untuk pergi China Town yg jual kain ela berkodi kodi dan murah lagi berbanding Ben Thanh. Cuma bila pergi China Town kenalah  bear dgn keramaian org yg mcm semut. Ada makcik tu beli sampai 3 beg guni tu. Ya Allah, tu baru kat situ je, Ben Thanh x pergi lagi. peh peh. #Tips 3- tawar menawar kena khatam dulu. jgn membeli membaby buta u know..


Gambar ni dr depan Hotel kami. haa . kan da ckp, semua lengkap kat situ. senang sgt!:)
Ben Thanh market. Jangan sesat dah la. sbb besar nak kedai diorg hampir sama je
                     
                            Telekung yang murah sangat!
telekung Sulam dan lycra!
               

  Mama dgn ayah dah jadi tour guide x rasmi makcik2 ni disbbkan mama dgn ayah dah pergi aritu. dan trip kali ni mmg ramai ibu tunggal yg da berumur pergi.Tp jgn memain, duit berkepukk.haha/ haa. apa lagi aku da jd mcm cucu angkat diorg. mengiringi diorg pergi shopping. tp aku x lah kejam, nak ambil kesempatan okeyyy. hehe.

kakak, dan makcik2 yang kelakor plus sporting!

   Pernah terfikir nak naik cruise yg lawaaa tu? aku pk kan sampai bebila x dpt naik. Yelah org kaya je boleh naik. tp tu lah persepsi kekanak dulu. dan malm tu kami dibawa makan malam di Cruise tu! pehh bestt~ mmg ramai. tp kami da ditempahkan Meja betul2 depan stage untuk show. Show dia, bukan main AUWWW lagi. Peringatan kepada para isteri, jaga mata suami anda ketika itu, nescaya ,mata mereka tidak akan berkelip. hahaha. nak tahu show apa? pergi rasa pengalaman tu dulu!haha. bila cruise tu da start bergerak, apa lagi makn pun dah. sesi fotography lah pulak. mmg best. walaupun sekejap. tp at least Allah tu bagi kesempatan nak rasa naik kapal yg biasa nya aku tgk dr jauh. :)


The Cruise
Peyambut tetamu dia. Omey kan?hehe
tu Dia, Fatin LIyana bergambaq. ala2 titanic uollss.hehe
here you go! my beloved MOM and DAD  :)
                                     

                                       

                                                 

                                     
                                                                
                                              
                                              




    Keesokan harinya, kami bertolak balik dlm pukul 5 ptg. tp pagi tu sempat lagii kami shoppingggg. Last chances nk borong katakan. ramai yg beli beg roda baru. Dtg dgn 1 beg, balik dgn 3 beg. percaya? ni pun org yg x de niat meniaga. awal2 kata, x nk shopping, nak berjalan je. mmg x lah jawab nya. siapa berjaya tu dia mmg Powerr teramat sgt! #tips 4- kalau boleh bawak bag lebih(beg guni) tu yg boleh dilipat,sbb x de lah nanti duit keluar beli beg kat sana. Kat tepi2 tu mmg bnyak org jual cenderatamata secara x rasmi, so pepandai lah korg mengelak, kalau nak beli boleh tp, please la pandai tawar harga tu sampai murah. sampai dia setuju dgn harga kita. kalau x, naya je, dia jual mahal padahal benda tu murah sgt.

haha. kan da ckp. ni sebahagian beg je
Ada replika Kapal yg korang x percaya harga nya murah teramat sgt!
                


   Sampai je Malaysia, dlm pukul 8, lepas solat semua, kami bertolak balik naik bas ke Melaka, dan aku pula kena lah balik Shah Alam. esok tu ada kelas. da lah ponteng kelas. kahkah. tp x pe. tu baru lejen. x de lah nerd sgt ye dok? hehe.Bagi bebudk x biasa, jgn ikut jejak langkah cek. :)


And the last #tips 5- BAWAK DUIT SECUKUNYA. kalau x, kempunan lah korang. haha. okey lah. happy bershopping!

OPPS, lupa nak ckp cost flight, tempat tggl, makanan, transport, pergi tgk puppet show, naik tongkang, cruise tu semua termasuk dlm package RM 1550. mmg puas hati.:). alhamdulillah. cuma duit belanja je, sukati lah nak bawak brap yg mampu. Jgn membazir sudah.

SELAMAT MEMBELI BELAH UOLLS. :)


Ps: btw, jgn lupa berdoa diatas kehilangan pesawat MAS MH370. Macam mana lah perasaan penumpang tu skarang?sedangkan bila, flight terlanggar awan, bergegar sikit pun aku dah cuak sgt, ni lagi kan mereka yg x tahu apa yg terjadi skrg. hopefully sgt diorg masih hidup. dan kepada keluarga2 penumpang, harap bersabar, mungkin ada hikmahnya. amin.:')