Sunday, 17 May 2020

Jodoh kita dengan abang offshore ♥️

Helloo gais,

Sempena cuti maternity 5 bulan ni, boleh lah sis menulis bnyk sikit to kill the time sementara baby aryan tgh tido and kakak mel tgh main dgn makcik2 dia. hehe. saje nak share pasal tajuk kat atas tu..lets go....

For the first time aku kenal abg ni masa tu aku tgh praktikal (sem 6) bulan march 2015. masa tu, aku menyewa kat flat sri perak sbb dekat dgn LRT sentul nak ke office (CIMB, jalan raja laut). Aku x  sangka yg jodoh nyaaa adalah jiran yg aku x pernah nampk ๐Ÿ˜‚. aku kenal punn sbb ayah mertua aku kenalkan. masa tu baru balik kerja then tegur lah ayah mertua aku sbb x kan nk sombong kan. borak punya borak sampai lah dia cerita anak dia berapa org and semua lelaki. At the time, aku x berminat pun sbb tgh diambang clash dgn ex bf. ๐Ÿ˜‚. so masa tu fikir Lelaki semua kuat jeles and i want to enjoy lepas ni.

            Gambar kat Lombok๐Ÿ˜‹

  second time terserempak dgn ayah mertua dlm bulan puasa. aku sebenarnya berminat nk borak sbb nk promote cookies mama kat dia๐Ÿ˜‚, Dia cerita lah details pasal anak dia. anak pertama, dia ckp kerja kat Turki skrg, engineer offshore umur 29. dlm otak aku ckp komfem dah kawen, yelah offshore kot, kaya. kalau x kawen mesti gf keliling pingang. then anak2 seterus nya. yg kedua dah kawen.  so xde lah aku fikir apa2 kan. lepas habis borak. tetibe dpt whatsapp msg yg  ayah mertua aku nak kenalkan dgn anak dia yg offshore tu. siap bagi gmbr. nampk mcm matang tapi comell dlm hati kecik aku.. aku bagi lah kawan aku serumah baca, semua pakat menjerit๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. tapi mlm tu dpt lah jual kuih eh. dlm 5 botol. tapi aku ckp inshaAllah kat ayah mertua aku. dia siap bg no anak nya. mmg takkkk lah aku nk mesej kan. apahal pulak aku nk start dulu kan. ๐Ÿ˜‚

Gambar ayah dia bagi tu kat dlm laptop. x jumpa lepas tukar phone๐Ÿ˜…. ni lah abg tu ♥️

practical pun habis masa pertengahan puasa bulan 7 masa tu. so sebelum balik, aku bagi lah cookies raya kat ayah mertua. dia tanya lagi, dah mesej anak nya ke. aku ckp lah belum., x sempat. lagipun aku x nk kawin sbb aturan mak ayah ni๐Ÿ˜‚. takut aku kene dera ke apa lepas kawen kan. lepas balik melaka, ayah mertua tanya lagi soalan sama. aku mcm okey lahh aku msg, x nk reply sudah. non of my business 

"salam, sy fatin, jiran awak kat flat sri perak duduk kat lif tu, ni ayah awak suruh mesej"

then x de lahh aku berharap dia reply sbb tgh buat thesis kan. pastu sahur tu dia reply.

"wasalam, oh jiran mana ya? 

mmg aku mcm nk reply ke tak nak. then aku reply je lah.

" jiran kat hujung kat lift tu"

selepas tu je mcm layan je la. dia ckp sorry reply lmbt sbb time zone dia berbeza. mmg agak susah sikit nak msg dia. aku pun busy dgn thesis so kawan2 je lah.  then after seminggu lebih msg, tetibe sehari tu satu hariii dia offline maybe kapal x de line time tu kan.  mlm tu ayah mertua aku msg yg abg balik malaysia suprise. x bagi tahu family. mlm tu dia msg bagi tahu dia dah sampai malaysia. so aku pun buat2 terkejut walhal ayah mertua aku lagi laju ek๐Ÿ˜‚. 2 hari lepas touchdown abg ajak berbuka puasa sesama. aku terima pun sbb masa tu kebetulan aku kat shah alam sbb esok tu VIVA.

sempat lagi kann nak viva pergi dating. ๐Ÿ˜‚. sebelum aku jumpa abg, aku ckp dgn classmate aku yg aku tompang rumah tu bergurau lah

"mesti dia hitam, gemuk x hensem sbb duduk tgh laut. so aku kawan je lah dgn dia".

masa dia sampaii jeee. kawan2 aku yg excited tgk kat tingkap. sumpah nervous gila. aku x pernah share atau tukar gmbr dgn dia. tetibe kawan2 aku jerit kat tingkap

"apa benda kau hitam? gemuk?  dah kau pergi turun tgk sendiri"

aku mcm ehh serious lah๐Ÿ˜‚. baru ada keberanian nak turun.


first time bertentangan mata mcm hensemmmm and gentleee nya mamat niii. hahahah. first time jumpa ni bnyk cerita pasal hobby masing. mmg dia lah lelaki yg aku cari๐Ÿ˜‚  rambut kurang pun hensem je lagi.naseb x botak licin time tu๐Ÿ˜‚. mcm complete each other.. baru lah kitorg start follow fb masing2. teringat lepas viva aku kene jaga anak2 buah kat kl sbb pakcik aku masuk icu. then sempat lah pergi bazzar ramadhan jalan tar. bawah zhia! masa tuu nk tengok if dia ngam tak dgn budak. alhamdulillahhhh. soooo baik. masa tu dah terdetik suka. ehh x jadi ke nak enjoy life tu? ๐Ÿ˜‚. just follow the flow pulak.

**ada sekeping je gambar selfie. tu pun bergegar teruk sbb nervous sgt๐Ÿ˜‚. ambil pun nak tunjuk kat mama

2nd week of raya, abg ckp mak ayah dia nak dtg raya melaka. ckp dgn ayah mama, ayah ckp

"dia x de dtg dgn niat ke apa kan? (merisik). kau baru habis belajar"

mesti lahh takk kan, gilo, baru 2 minggu kenal secara bersemuka mana ada nak proceed2 ni.,๐Ÿ˜‚. then, masa pun tiba,
lepas makan2 dinner. borak2 kat ruang tamu, ayah aku and ayah dia seems non stop borak.  tiba2 mak ckp

"kita dtg ni ada hajat"

duhhh, aku dah gelabah hajat apa ni, abg x ckp pape pun. muka dia relaks je sengih.

"dtg, nak tanya boleh ke nak masuk merisik dlm masa terdekat"

ayah berfikir panjang yelah aku pun baru habis belajar tau. then ayh ckp lah nanti dia bincang. then mereka balik hotel. tetibe ayah tanya

"kau betul2 suka dia?"

well mmg lah suka tapi mcm x percaya lah org nak serious sbb baru kenal. then aku ckp lah suka tapi baru kenal.  ayah ckp

"kalau suka, suruh dia dtg esok bawak cincin. merisik terus x yah dtg next week ke apa. kalau dia serious"

terbeliak mata sis๐Ÿคฃ. should i tell him or not? ayah sebenarnya nk tgk abg serious ke tak, stable ke tak. so aku call abg and ckp. abg pening gak lah mana nak dpt cincin mlm2 buta ni. sizeee lagiii. last skali esok pagi2 abg and mak pergi mahkota parade. size cincin? kita ikut mitos

"kalau jadi kelinking lelaki ngan dgn jari manis perempuan, consider jodoh"

hahaha. berani kan. masa hari merisik berdebar lah nk sarung. mak mertua iols pakai shirt and jeans je๐Ÿ˜‚. mmg x formal. and sgt memorable. merisik koboi๐Ÿคฃ. 


koboi tak? hahaha. semua gambar bergegar. nevess gilaaaa๐Ÿ˜‚

lepas 2 bulan merisik, aku pun dpt rezeki kerja Dgn SC. then bertunag on August 2015. semua went very smoothly. bila Allah kata dah jodoh, mmg semua dipermudahkan.  tapi masa seminggu before tunang abg kene balik turki. urgent. rasa kene scammed jugak time tu๐Ÿ˜‚. yelah kot2 dia scam ke apa kan๐Ÿคฃ. masa tunang semua org wondering sape tunang iols. sbb dia x de kan.  kita tunang style org dulu2. ๐Ÿ˜. 

                    Bertunang:) 


lepas 8 bulan bertunang, kitorg pun nikah on 06 Mei 2016.  pengalaman yg sangat bermakna. x sangkaaa semua benda dipermudahkann. mmg betul lah kata Org, kalau dah jodoh semua nya Allah permudahkan.

i got my Prince charming. until skrggg walau dah berlemak, rambut kurang tapi kasih ku x berpernah berkurang❤️❤️. 



so nak tahu cerita after kahwin dan menjadi isteri kepada org offshore? i will write a new post later. ♥️. kita tgk stress ke idokkk kawen dgn org laut ni๐Ÿ˜‚. 





No comments:

Post a Comment